Translate

01 January 2020

JPJ -OPS Ambang Tahun Baru 2020



MKL Crimedesk


Peningkatan jumlah saman yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sekitar ibu negara bagi tahun ini.... Bukti kekerapan anggota JPJ menjalankan operasi di lokasi ‘hotspot’ sekitar ibu negara.

Tahun ini sahaja JPJ Wilayah Persekutuan merekodkan peningkatan saman sebanyak 26 peratus tahun ini berbanding tahun lalu.

Pengarah JPJ WPKL Datuk Ismail Mohd Zawawi berkata, sebanyak 106,861 saman dikeluarkan pihaknya sejak Januari sehingga Disember tahun ini berbanding 85,130 saman tahun lalu dalam tempoh yang sama.

Antara kesalahan yang paling banyak dikesan adalah membabitkan penunggang motosikal.

Dengan pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tiada cermin sisi, ubah suai nombor pendaftaran serta kesalahan lain.

Saman paling tinggi dicatatkan tiada lesen memandu iaitu sebanyak 6,534 bagi tahun ini.

Berbanding 5,103 tahun lalu iaitu peningkatan 33.7 peratus berbanding kesalahan lain.

Beliau ditemui dalam sidang media selepas Operasi Khas Ambang Tahun Baru 2020 di Jalan Bangsar, Kuala Lumpur, malam tadi.

Dalam operasi malam tadi.. Sejumlah 870 kenderaan diperiksa dengan jumlah saman 352 atas pelbagai kesalahan.

20 motosikal disita.

Tindakan diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Operasi penguasaan itu adalah langkah bagi memastikan pengguna jalan raya patuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED