Translate

16 January 2020

Program Sarapan Pagi hanya akan dikhususkan kepada pelajar yang tidak berkemampuan saja.

Khamis, 16 Januari 2020 | 11:59am






Program Sarapan Pagi (PSP) sekolah. - Foto hiasan
Sarapan percuma hanya untuk pelajar tidak berkemampuan



Oleh Zanariah Abd Mutalib dan Luqman Arif Abdul Karim
bhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Program Sarapan Pagi (PSP) akan diteruskan seperti dijadualkan pada Isnin ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.



Bagaimanapun, Perdana Menteri, berkata program itu hanya akan dikhususkan kepada pelajar yang tidak berkemampuan saja.



"Kita akan teruskan program yang ada sekarang kepada mereka yang tidak mampu, tapi nak bagi kepada semua bermakna mereka yang ada duit, kaya dan makan di rumah pun dapat juga. Itu tidak adil.



"Kita akan berikan (PSP) kepada mereka yang berhak," katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kompleks Balai Islam Tenaga Nasional Berhad (TNB) sempena Ulang Tahun Ke-70 TNB di sini, hari ini.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/647195/sarapan-percuma-hanya-untuk-pelajar-tidak-berkemampuan#utm_source=insider&utm_medium=web_push&utm_campaign=160120-psp&webPushId=MjY1MQ==


Sebelum ini Kementerian Pendidikan menjelaskan pelaksanaan PSP untuk murid sekolah rendah dibuat secara berfasa dengan tumpuan kepada sekolah yang merekodkan jumlah murid dari keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) tertinggi.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED