Translate

13 January 2020

Pengerusi BERSATU Selangor mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah ditahan polis




Adhif Syan memang ditahan polis - BERSATU SelangorSimpan Artikel

MyMetro


LAPORAN portal berita Harian Metro, hari ini.

Rafidah Mat Ruzki dan Dawn Chan
am@hmetro.com.my

PENGERUSI Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah ditahan polis seperti yang tular di media sosial sejak pagi hari ini.

Beliau berkata, Adhif Syan ditahan polis pada 1.30 pagi tadi.


Bagaimanapun, Abdul Rashid yang juga Naib Presiden BERSATU tidak mahu mengulas lanjut mengenai penahanan Ketua Armada BERSATU Selangor itu berikutan kes berkenaan masih dalam siasatan pihak berkuasa.


Beliau berkata, walaupun Adhif Syan tidak menghubunginya, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu oleh pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) apabila beliau menghubungi mereka.

“Kami sedang menunggu apa hasil siasatan kes ini. Saya sudah berbincang dengan Presiden parti (Tan Sri Muhyiddin Yassin) semalam dan kami perlu menunggu siasatan polis.

“Apa hasil siasatan itu saya tidak tahu tetapi jika ada kes, tiada sesiapa melebihi undang-undang. Saya tidak tahu sama ada beliau kini berada di rumah atau di balai polis,” katanya ketika ditemui selepas program Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri di Dewan Jubli Perak di Shah Alam, hari ini.

Abdul Rashid berkata, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sangat tegas dalam isu disiplin wakil rakyat dan jika didapati Adhif melakukan kesalahan, beliau perlu berdepan dengan tindakan.

Pada masa sama, Abdul Rashid turut menasihatkan semua wakil rakyat BERSATU supaya tidak terbabit dengan jenayah dadah dan jenayah lain.

“Anda mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan, beri tumpuan kepada tanggungjawab anda kerana anda dipilih oleh rakyat.

“Jadi anda perlu berkhidmat untuk rakyat, itu tugas anda dan tidak melakukan apa-apa kesalahan,” katanya.




Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 January 2020 @ 12:48 PM


https://www.hmetro.com.my/utama/2020/01/534666/adhif-syan-memang-ditahan-polis-bersatu-selangor#utm_source=insider&utm_medium=web_push&utm_campaign=bersatu_selangor_sahkan_adun_ditahan&webPushId=NTYwNw==








Selangor rep, four political officers nabbed at drug party

THE STAR


Monday, 13 Jan 202012:19 PM MYT

By FARIK ZOLKEPLI








PETALING JAYA: A Selangor state assemblyman and four political special officers were among 17 people arrested, following a raid in Puchong.

It is believed that six women were also among those arrested.


It is learnt that police had initially gone to the location after receiving complaints, from members of the public, of loud noises coming from a building early Monday morning (Jan 13).

Sources said that the people at the location were having a private party and police also believed drug consumption and illegal gambling were among the activities at the private party.


"Police discovered some powder substance believed to be drugs," a source said.

Sources added that 16 of those arrested tested positive for drug consumption following a urine test.

The assemblyman was held at the Jinjang Lockup following the raid.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED