Translate

23 August 2019

Port Judi China Di Banglo Mewah Di Mont Kiara KL Diserbu Polis



MKL Crimedesk
Published on 21 Aug 2019

[ JENAYAH MINGGU INI ]

Modes Operandi sindiket perjudian dalam talian atau Online menggunakan 4 banglo tiga tingkat terbongkar dengan penahanan 98 warga asing dari China dipercayai pekerja pusat judi.

Serbuan kira kira jam 10.30 pagi tadi dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman di kawasan Changkat Duta Kiara, Mont Kiara, ibu negara.

Ia hasil Op Dadu dan diketuai Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Hedzir Hussin.

Siasatan mendapati sindiket berkenaan disyaki aktif mengendalikan pertaruhan sejak awal tahun lalu dengan mengaut keuntungan dianggarkan berjumlah lebih 72 ribu ringgit sehari untuk keempat-empat banglo.

Penahanan itu termasuk 15 wanita berusia 19 hingga 65 tahun yang bekerja sebagai penyelia menguruskan transaksi pertaruhan.

Serbuan berjaya merampas 66 unit komputer riba, 23 set komputer, 555 telefon pintar dan 11 modem dan router.

Mohd Hedzir berkata, mereka yang ditahan masuk ke negara ini secara sah menggunakan pas lawatan sosial dan menerima gaji antara 3,000 hingg 6,000 ringgit.

Malah mereka juga tidak dibenarkan bergerak bebas dan keluar dari banglo terbabit.

Pembayaran taruhan dibuat menerusi Wechat dan perbankan dalam talian dengan bank dari China.

Setakat ini polis masih mengesan pemilik kesemua empat unit banglo bagi menyiasat jika wujud unsur subahat ketika menyewakan banglo terbabit.

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41c Akta Pertaruhan 1953 dan Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED