Translate

16 August 2019

Mahkamah Dakwa Geng Emi Keju Samun Berantai




MKL Crimedesk
Published on 16 Aug 2019

[ JENAYAH MINGGU INI ]

Seramai 19 ahli anggota Emi Keju didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang dekat sini hari ini atas tuduhan menganggotai serta membantu kumpulan tersebut pada Januari hingga Julai lalu.

Tiada pengakuan direkodkan terhadap kesemua tertuduh selepas pertuduhan tersebut dibacakan secara berasingan di hadapkan Hakim Syafeera Mohd. Said memandangkan kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Kesemua mereka yang dituduh adalah ketua geng berkenaan Zairy Huzaimi Md. Akhir, 32; Muhamad Khairuddin Osman, 25; Amirul Rezky Md. Akhir, 23; Muhamad Norrazak Azmi, 29; Jazli Jamal, 24; Mohamad Habib Abdul Jabar, 33; Abdul Rahman Mohamed Daud, 29; Muhammad Neshril Rustam 31; Makmur Saleng, 32;

Muhammad Ikmal Aizam Azwani, 18;

Muhammad Nur Farhan Sutarman, 25 dan

Muhammad Arif Aiman Mohd Rasol Ambia, 21.

Turut dituduh secara berasingan Farizuwan Baharom, 25; Nor Azuwan Hafifi Md. Akhir, 28; Mohamad Firdaues Azwani, 26; Affandy Hardey, 38; Muhamad Imran Abdullah, 23; Mohammad Kahirul Azhar Abdullah, 26 dan Mohamad Yusuf Mat Nasir, 28.

Mengikut pertuduhan, 18 daripada mereka didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng Emi Keju' yang mana perbuatan itu dilakukan di Lot 3576 Kampung Indian Settlement, Jalan Bunga Raya 3, Batu Caves, di Gombak antara 25 Januari 2017 dan 23 Julai 2019.

Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan (Akta 574)

dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Manakala bagi Mohamad Yusuf pula, dia didakwa telah membantu ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng Emi Keju' di Warta Lama Pasar Borong Selayang antara 22 Disember 2017 hingga 23 Disember 2017.

Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 130W Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Kesemua pertuduhan tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad dan Mohd. Izhanudin Alias.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED