Translate

02 August 2019

Lapan cedera apabila lif yang mereka naiki di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di sini terhempas dari tingkat lima



Lif bomba Blok C PPR Kerinchi telah ditutup berikutan kejadian lif terhempas yang menyebabkan 8 orang tercedera petang tadi. - Foto Hafiz Sohaimi
8 cedera lif terhempas dari tingkat 5


Oleh Haika Khazi dan Mohd Faris Fuad
bhnews@bh.com.my
KONGSI ARTIKEL


Kuala Lumpur: Lapan cedera apabila lif yang mereka naiki di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di sini terhempas dari tingkat lima dipercayai akibat sistem brek tidak berfungsi, jam 2.30 petang tadi.

Sebelum kejadian, difahamkan 10 penghuni PPR itu menaiki lif berkenaan dari tingkat bawah tanah dan berhenti di tingkat lima apabila seorang daripada mereka keluar, sebelum lif itu tiba-tiba gagal berfungsi dan terhempas.



Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Balai, Ramli Mohamed, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 2.40 petang.

“Susulan itu sebuah jentera bersama 20 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian. Setiba di lokasi anggota bomba membuka pintu lif dan menemui mangsa di dalam lif.

“Empat mangsa patah kaki manakala yang lain cedera di pergelangan kaki dan tangan,” katanya sambil menambah semua mangsa yang cedera dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.



Ramli berkata, operasi menyelamat mangsa selesai 15 minit kemudian.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED