Translate

02 August 2019

Helikopter Nuri mendarat cemas, 15 cedera






Keadaan helikopter Nuri TUDM yang melakukan pendaratan cemas di kawasan Kem Gubir, Sik, Kedah. - Foto ihsan Pembaca
Helikopter Nuri mendarat cemas, 15 cedera

Helikopter Nuri mendarat cemas, 15 cedera

Siti Nur Mas Erah Amran
maserah.amran@bh.com.my
Share Tweet Share






ALOR SETAR: Seramai empat kru dan 11 anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera ringan selepas helikopter Nuri yang mereka dinaiki terpaksa melakukan pendaratan cemas di Kem Gubir di sini, petang tadi.



Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dalam kenyataan, memaklumkan dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, helikopter dari Pangkalan Udara Butterworth itu dalam misi membawa anggota TDM dan ulang bekal.



ADVERTISING


“Semua anak kapal termasuk penumpang helikopter selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.



“Semua diberi rawatan oleh pasukan perubatan tentera yang bertugas di kem terbabit,” katanya.



Susulan kejadian itu, TUDM menghantar pasukan penyelamat ke lokasi kejadian dan satu pasukan penyiasatan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED