Translate

16 August 2019

Ketua Polis Daerah Besut Mohd Zamri Mohd Rowi ditetak di depan rumahnya, suspek direman 7 hari




Suspek tetak ketua polis Besut direman 7 hari
Bernama
-August 16, 2019 1:19 PM
3Shares
2


Ketua Polis Daerah Besut Mohd Zamri Mohd Rowi ditetak di depan rumahnya di Kampung Padang Luas, Besut, semalam. (Gambar Bernama)

BESUT: Seorang lelaki direman 7 hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes tetak Ketua Polis Daerah Besut Mohd Zamri Mohd Rowi.

Perintah yang dikeluarkan Majistret Norshuzianna Shakila Raja Mamat ke atas suspek berusia 32 tahun itu membolehkan pihak polis menyiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah dengan sengaja.

Suspek ditahan polis pada 4.15 petang semalam di Felda Selasih, Besut selepas cuba melarikan diri.

Dalam kejadian di Kampung Padang Luas, tengah hari semalam, Zamri, 55, mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala dan putus ibu jari tangan kanan.




Keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED