Translate

05 August 2019

Jumpa PM- Jamal kecewa Hishammuddin 'membelakangi' Zahid



KiniTV
Published on 5 Aug 2019
Ketua Umno Sungai Besar Jamal Md Yunos menyelar bekas Naib Presiden Umno Hishammuddin Hussein kerana membelakangkang parti susulan pertemuannya bersama sekumpulan wakil rakyat pembangkang dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat perwakilan Umno Sungai Besar pada Sabtu.

Kelmarin, Ahli Parlimen Sembrong itu berkata pertemuan itu bukan sesuatu yang unik

Kata Hishammuddin, apa yang penting perjumpaan itu bertujuan untuk memikirkan masa hadapan negara dan rakyat terutama dalam usaha pengukuhan ekonomi dan perpaduan.

Hishammuddin yang juga Ketua Umno Sembrong berkata beliau sememangnya tidak melayan sebarang provokasi, spekulasi dan konspirasi sejak dari dahulu kerana ia sesuatu yang tidak berkesudahan.

Baru-baru ini, Dr Mahathir yang juga pengerusi PH mengesahkan beberapa pemimpin pembangkang dari Umno, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bertemu beliau pada Selasa lepas.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED