Translate

04 January 2019

Tokan Dadah "Boy Sanpeng" Dicekup Team IPD Dang Wangi




Polis menangkap seorang pengedar dadah dikenali ‘Boy Sanpeng’ di Flat Sri Selangor, Jalan San Peng, Kuala Lumpur, kelmarin. Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan jam 1 tengah hari ketika sedang berurusan dengan pelanggan tetapnya di parkir motosikal di kawasan berkenaan. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharuddin Abdullah berkata, pemeriksaan menemui menemukan lima ikatan gelang getah mengandungi heroin. Dadah itu dibungkus di dalam 300 peket lut sinar dengan berat 527 gram Siasatan mendapati, suspek aktif mengedar dadah sejak enam bulan lalu, selepas keluar dari penjara atas kesalahan yang sama. Dia juga mempunyai lapan rekod lampau berkaitan jenayah dan lima rekod berkaitan membabitkan dadah. Polis turut merampas motosikal jenis Yamaha LC yang digunakan suspek untuk mengedar dadah. Suspek direman selama tujuh hari sehingga 8 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED