Translate

04 January 2019

Polis Nafi Video Tular Gaduh Isu perkauman Di Cheras. Pergaduhan dipercayai berkaitan dengan dadah



Published on 3 Jan 2019

Polis menafikan motif pergaduhan antara sekumpulan lelaki India dan Melayu di hadapan sebuah blok Flet Sri Johor di Cheras malam tadi disebabkan isu perkauman. Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Supt Kamal Khan Mohd Shariff berkata sebaliknya siasatan awal mendapati kes pergaduhan itu dipercayai berkaitan penyalahgunaan dadah. “Siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenalpasti punca sebenar pergaduhan pada kira-kira pukul 7.30 petang itu. “Motif pergaduhan yang didakwa disebabkan isu perkauman seperti ditularkan di media sosial adalah tidak benar,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Persatuan Penduduk Sri Johor di sini, hari ini. Kamal Khan berkata setakat ini polis telah menahan tiga lelaki berusia 20 hingga 24 tahun yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan itu serta sedang mengesan seorang lagi bagi membantu siasatan. Dalam pada itu, beliau berkata polis juga akan mengesan individu yang tidak bertanggungjawab menularkan kejadian itu dengan kenyataan tidak benar hingga menimbulkan rasa takut kepada penduduk. Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata. Sementara itu, seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Rohani, 50-an, ketika ditemui Bernama berkata ketika kejadian

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED