Translate

02 January 2019

Imigresen Gempur Pusat Spa Urut Tawar Khidmat Seks Warga Asing -Video




MKL Crimedesk
Published on 31 Dec 2018


Kehangatan sambutan malam tahun baru turut dirasai sehingga ke pusat spa yang menawarkan pakej layanan wanita warga asing sebagai peneman malam.

Kegiatan kotor itu tak bertahan lama selepas turut digempur Jabatan Imigresen Kuala Lumpur malam tadi.

Premis terbabit beroperasi di sebuah hotel di jalan kuchai lama.

Serbuan berhasil atas maklumat awam dan risikan sejak seminggu lalu yang mendakwa ada kegiatan pelacuran dalam premis terbabit.

Operasi bermula jam 11 malam di ketuai pengarah jabatan imigresen kuala lumpur Hamidi Adam berjaya memberkas 18 Wanita dan 8 lelaki warga myanmar, vietnam dan thailand.

4 pelanggan juga dicekup untuk membantu siasatan.

Ketika serbuan rata-rata pekerja seks terbabit sedang melayan pelanggan.

Ada juga yang sedang berehat di bilik yang di khaskan.

Premis terbabit turut menyediakan makanan secara percuma kepada pelanggan.

Bayaran antara 170 hingga 200 Di kenakan kepada pelanggan bagi setiap khidmat seks.

Kesemua yang di tahan berusia antara 20 hingga 40an di bawa ke ibu pejabat imigresen kuala lumpur untuk tindakan lanjut

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED