Translate

18 February 2018

Tiada laporon diterima polis tetang lelaki yang mencampak kon dari bangunan kediaman yang tular di media sosial


Remaja Campak Kon

Details Published on Sunday, 18 February 2018 09:51

Foto: NSTPKUALA LUMPUR: Polis masih belum menerima sebarang laporan berhubung tindakan liar remaja lelaki sengaja mencampak kon dari tingkat atas sebuah bangunan kediaman yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung video kejadian itu.

“Setakat ini, belum ada laporan diterima berhubung kejadian itu (mencampakkan kon dari tingkat atas kediaman),” katanya ketika dihubungi wartawan, semalam.

Dalam rakaman video dipercayai dimuat turun di Instagram Stories (IG Stories) itu, seorang remaja lelaki dilihat mengangkat kon sambil ketawa sebelum mencampaknya ke tingkat bawah dalam video berdurasi 50 saat berkenaan.

Rakaman video itu mula tular di media sosial termasuk Facebook selepas dikongsi netizen yang mempertikaikan tindakan nakal remaja lelaki terbabit.

Dalam perkembangan berasingan, Rusdi memaklumkan pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes seorang remaja perempuan maut selepas dihempap kerusi dicampak dari tingkat atas di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam di sini, 15 Januari lalu.

“Laporan DNA berhubung kejadian berkenaan masih belum diterima dan tiada perkembangan terbaru diperolehi sehingga kini,” katanya.

Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa, S Sathiwaran yang juga pelajar tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan La Salle, Petaling Jaya disahkan maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala akibat hentaman kerusi berkenaan.

-Harian Metro

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed '2 Wanita Direman Urus Proses Beli Bayi, Sedia Siji' 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelakon Pukul Kekasih - Polis Buka Kertas Siasatan' 32 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 36 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Emas ditutup tinggi ketika kebimbangan meningkat m' 40 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Cops nab another 'Tan Sri' over MBI investment sca' 40 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pope Francis Breaks Tradition With Final Wish; Pon' 46 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 47 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Cerita perang dagang, kerjasama halal dan TVET | B' 49 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Thief Snatches Handbag of US Dept of Homeland Secu' 1 hr 4 mins ago