Translate

19 February 2018

Koperal Polis didakwa meminta wang suapan RM500 sebagai dorongan untuk melepaskan lelaki dan motosikal jenis SYM



Koperal didakwa rasuah



RUSLAN dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini. - UTUSAN ONLINE


Rosalinda Md. Said

19 Februari 2018 11:12 AM





KUALA TERENGGANU 19 Feb. - Seorang anggota polis berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meminta suapan bernilai RM500 daripada seorang penunggang motosikal, tahun lalu.


Ruslan Deraman, 57, yang bertugas di Balai Polis Wakaf Tapai, Marang membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.


Tertuduh didakwa meminta wang suapan RM500 sebagai dorongan untuk melepaskan lelaki itu dan motosikal jenis SYM yang ditahan daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di Balai Polis Wakaf Tapai pada 13 Februari 2017.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 16(a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Amer Abu Bakar Abdullah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Mac ini untuk sebutan semula kes. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/koperal-didakwa-rasuah-1.612169#ixzz57Xk4jYOS
© Utusan Melayu (M) Bhd

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'BGT Audience member Max Fox’s SPONTANEOUS audition' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed ''Bella wanita luar biasa, terima kasih kerana bers' 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Kes Pukul | BEST' 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Cenderahati kepada Presiden China hadiah peribadi ' 31 mins ago
A visitor from Johor bahru viewed 'Cenderahati kepada Presiden China hadiah peribadi ' 33 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'Sistem harga dua peringkat lebih ba' 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Kes Pukul | BEST' 47 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Pelakon Pukul Kekasih - Polis Buka Kertas Siasatan' 48 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PENGUATKUASA MBI DITUMBUK, DIHALANG DALAM OPERASI ' 58 mins ago