Translate

15 February 2018

Pelakon filem Ali Setan yang popular tahun 1980-an iaitu Azmil Mustapha meninggal dunia

Pelakon ‘Ali Setan’ Azmil Mustapha Meninggal Dunia

Diterbitkan: Rabu, 14 Februari 2018 2:28 PM
  (Ubah saiz teks)
DIKEMAS KINI
PETALING JAYA: Pelakon filem Ali Setan yang popular tahun 1980-an iaitu Azmil Mustapha meninggal dunia kira-kira pukul  12.40 tengah hari pada Rabu.
Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Seksyen 9, Shah Alam dekat sini pada usia 65 tahun akibat sakit jantung.
Berita itu disahkan oleh adiknya Aziph Mustapha.


Antara babak lakonan Azmil Mustapha pada zaman popularnya.
Jenazah akan dibawa ke Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Alam (Masjid Biru) untuk urusan serta solat jenazah sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam dekat sini untuk dikebumikan selepas waktu Asar.
"Kami memohon maaf bagi pihak Allahyarham atas segala kekhilafan, dan mohon doakan kesejahteraan Allahyarham. Mohon hubungi kami sekiranya ada sebarang kesulitan," katanya ringkas.
Pada November tahun lalu Allahyarham dimasukkan ke Unit Rawatan Kardiologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana kesukaran bernafas
Selain Ali Setan, filem lain yang turut mengangkat nama beliau ialah Mekanik.
Allahyarham pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki lima orang anak hasil perkahwinan itu berusia antara 15 tahun dan 32 tahun.
Dia juga mempunyai tiga orang cucu berusia antara dua dan lima tahun.


Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/02/14/azmil-meninggal/#uuzKUuv1X7P1R5As.99

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Johor bahru viewed 'Kanak-kanak lelaki cedera parah ditikam dua kali o' 2 hrs 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 2 hrs 35 mins ago
A visitor from San jose viewed 'June 2016' 2 hrs 36 mins ago
A visitor from San jose viewed 'September 2021' 2 hrs 36 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Datuk Suhaimi Willing To Forgive Blogsites For Pub' 2 hrs 37 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Tan Sri Shukry removed as the Bank Rakyat board ch' 2 hrs 37 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Harga telur kekal stabil walaupun subsidi dikurang' 2 hrs 37 mins ago
A visitor from San jose viewed 'Plan to Position Malaysia as Blockchain Hub - Mala' 2 hrs 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas suami Kim Seri ditaha' 3 hrs 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 5 hrs ago