Lelaki 71 tahun ditetak sampai mati di Limbang
04 Februari 2018 2:54 AM
MANGSA ditemui berlumuran darah di rumahnya di Batu Biah, Limbang kelmarin.
LIMBANG – Seorang lelaki warga emas ditemui mati di dalam bilik tidurnya dipercayai akibat ditetak dengan senjata tajam dalam kejadian bunuh di Batu Biah di sini tengah hari kelmarin.
Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Mohd. Bukhori Saffiai berkata, Tiong Hock Sing, 71, ditemui mati oleh isterinya, Wong Pik Ee, 66, kira-kira pukul 1.26 petang selepas dia pulang dari pasar.
Menurutnya, mayat mangsa ditemui terlentang di atas tilam dalam keadaan tidak berbaju dan hanya berseluar pendek dengan kesan torehan senjata tajam pada lehernya.
http://www.kosmo.com.my/negara/lelaki-71-tahun-ditetak-sampai-mati-di-limbang-1.602671