Translate

18 December 2017

Azminda terpalit pula dengan satu lagi kontroversi apabila gambar peribadinya tidak berhijab dirakamkan semasa di rumah disebarkan

Izreen Berang Gambarnya Tidak Bertudung Tersebar

..
Reda mengenai isu perkahwinannya, nama Izreen Azminda terpalit pula dengan satu lagi kontroversi apabila gambar peribadinya tidak berhijab yang dirakamkan bersama suami ketika berada di rumah disebarkan pihak tidak bertanggungjawab.

Lapor mStar online, menerusi Instagram peribadinya, pelakon berusia 32 tahun itu mendakwa pihak tersebut turut memfitnah kononnya gambar itu diambil sebelum dia berkahwin dengan pemuzik Muhammad Radzi Wahid, 29, atau Ude pada Ogos lalu.
Katanya, selama ini dia mendiamkan diri bukan kerana diabersalah atau takut tetapi memberi ruang buat semua pihak memperbaiki keadaan supaya kembali tenang tanpa membuka aib sesiapa. Bagaimanapun dia terkilan dan tidak menyangka gambar dirinya tidak bertudung pula disebarkan.
"Nama pun kat rumah... takkan nak pakai jubah. Bukan di luar dan memfitnah gambar itu sebelum kami berkahwin semata-mata untuk jatuhkan saya,” tulisnya.
Terus meluahkan rasa kecewa, Izreen dalam status sama menyifatkan perbuatan pihak tersebut sebagai manusia berhati binatang.
"Apa yang awak dapat sebenarnya? Dapat duit? Dapat kereta? Dapat rumah?
"Sungguh tidak bermoral perbuatan manusia berhati binatang ini,” tulisnya lagi.
Tambah Izreen, dia akan mengambil tindakan terhadap sebuah laman Instagram yang didakwa menyebarkan foto berkenaan.
"Untuk Instagram yang menyebarkan gambar ini tunggu tindakan selanjutnya yang akan dikenakan ke atas anda kerana telah menjatuhkan maruah saya,” katanya.
Sebelum ini, Izreen mencetuskan kontroversi gara-gara dia berkahwin dengan Ude yang juga berstatus suami orang beranak dua.
Izreen dan Ude, 29, bernikah pada 8 Ogos lalu sementara isteri pertama Ude iaitu Intan Liana Salih, 30, hanya mengetahui berita berkenaan kira-kira empat minggu lepas.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita menari separuh bogel cemar imej Batu Fering' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Kuching viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Najib Razak Memberi Penghormatan Terakhir Kepada P' 2 hrs 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Diamond dealer arrested in US$2 billion banking fr' 3 hrs 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 3 hrs 55 mins ago
A visitor from Murcia viewed 'Malaysia-China sign 31 MoUs, exchange notes in str' 4 hrs 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Sin Chew Daily today apologised for the mistake of' 4 hrs 2 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 4 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Man charged with wife's murder in Ipoh | BEST FBKL' 4 hrs 14 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PASAR CHOW KIT DIGEMPUR IMIGRESEN - WARGA ASING BE' 4 hrs 47 mins ago