“Jangan Popularkan Orang Tukar Jantina, Mainkan Agama”
Oleh RTKY Staff
26 Dec 2017, 07:12PM
Tidak dapat dinafikan, beberapa tahun kebelakangan ini memang ramai sungguh usahawan yang berjaya mencipta nama. Namun kebangkitan usahawan yang bertukar jantina seringkali mendapat lebih perhatian terutamanya di laman sosial.
Mengakui cukup sukar untuk meluahkan perkara tersebut, kakak kepada jutawan kosmetik ALiff Syukri, Noor Hayati Kamarzaman dalam masa yang sama turut meluahkan perasaannya mengenai situasi jelas sedang menjadi perhatian ketika ini.
“Berat nak menaip. Nanti ada yang cakap acah-acah baik tapi kita sebagai netizen kena stop share dan glamourkan mereka yang terang-terang memainkan agama dan tukar jantina ini”
“Kita lagi menggalakkan untuk mereka bersaing siapa punya isu yang lebih viral. Itu yang mereka nak. Sekaligus ramai anak-anak mudah dan remaja yang tengah mencari identiti akan terikut. Mudahan dijauhkan dari keturunan kita begitu,” tulisnya di Instagram.
Dalam posting yang sama, Hayati turut memohon maaf sekiranya apa yang diluahkannya itu menyinggung perasaan mana-mana pihak selain menambah tidak mustahil bahawa mereka yang golongan yang dimaksudkannya itu akan berubah menjadi lebih baik di masa hadapan.
Isu transgender sememangnya sesuatu yang seringkali menjadi berita hangat untuk diketengahkan di kalangan warga laman sosial. Kejayaan golongan ini juga dalam masa yang sama turut mendorong anak muda lain menjadikan mereka idola. Jadi, apa pula pandangan anda. (rtky/s)