Translate

30 December 2017

Tahniah Zizie Izette Dapat Baby Kembar



ZIZIE Ezette, selamat melahirkan anak kembar lelaki pagi semalam di Pusat Perubatan Prince Court, di sini.- Foto ihsan instagram Zizie Ezette

Zizie Ezette dapat bayi kembar lelaki

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zizie Ezette, selamat melahirkan anak kembar lelaki, masing-masing jam 5.48 dan 5.50 pagi semalam di Pusat Perubatan Prince Court, di sini.
Menerusi perkongsian di laman Instagramnya sejam lalu, Zizie, 39, yang mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata beliau menjangkakan kembarnya itu akan lahir pada hari jadinya hari ini, tetapi proses kelahiran secara pembedahan terpaksa dilakukan sehari lebih awal.
"Seorang ibu yang menyambut hari jadinya bersama dua hadiah yang datang lebih awal! Mommy menjangkakan mereka akan dilahirkan hari ini, tetapi masing-masing hadir secara kejutan menerusi pembedahan, semalam, Jumaat, 29 Disember pada 5.48 dan 5.50 pagi," katanya.
"Alhamdulillah, kedua-duanya sihat walafiat. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang mendoakan saya," katanya sambil memaklumkan berat dua bayinya itu, masing-masing 2.74 dan 2.78 kilogram ketika dilahirkan.
Menerusi gambar yang dikongsinya juga, pemilik nama penuh Zizie Izette Abdul Samad itu tampak jelita di samping kedua-dua cahaya matanya di pangkuan.
Rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira dan mengucapkan tahniah kepada Zizie yang sudah lama menantikan detik cukup bermakna itu.
Zizie mendirikan rumah tangga dengan Bung Moktar pada 2009. Pasangan itu juga mempunyai seorang anak angkat perempuan, Naila Nur Jenna, berusia 11 bulan

https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2017/12/368874/zizie-ezette-dapat-bayi-kembar-lelaki

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Spanish police' 12 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'KKM teliti permi' 19 mins ago
A visitor from New york viewed 'KKM teliti permi' 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail Sabri Hadir Kali Kelapan Ke SPRM Bantu Sias' 30 mins ago
A visitor from Boardman viewed 'Nov 18 ruling on Syed Saddiq's bid for judicial re' 31 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Pemecatan CFO Maybank Khalijah Ismail dikaitkan de' 39 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Enam Rumah Terbakar Di Bandar Tun Razak | BEST FBK' 39 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Pemecatan CFO Maybank Khalijah Ismail dikaitkan de' 40 mins ago
A visitor from Oslo viewed '1,000 notis dikeluar kepada pemilik kenderaan buru' 45 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Gates Foundation to open office in Singapore with ' 52 mins ago