Translate

22 December 2017

Netizen Terkejut Dengan Aksi Lucah Pelakon Ikram Dinzly






Lagi aksi gila, lucah Iqram di alam maya


“TIADA apa yang pelik dan netizen tidak perlu menyibuk apa saya buat. Mereka bukan Tuhan untuk menilai saya,” kata pelakon Iqram Dinzly, 36, mengenai perilakunya dikatakan kian pelik oleh netizen ketika ‘live’ di akaun Instagram miliknya.
Iqram atau Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin menyifatkan sesetengah netizen yang mengkritik dirinya itu bersikap busuk hati.
“Nama pun pelakon apa salahnya saya bermain dengan teknik lakonan di alam maya. Mereka yang mengecam ini bersifat busuk hati.
“Tiada apa yang pelik dan saya menjadi diri sendiri, Saya hanya makan epal hijau dan buah-buahan di kediaman saya dinamakan Talaqqi Dinzly Studio.
“Tambah pula saya mengambil aura dan semangat arwah bapa kerana tempat itulah dia selalu makan dan menghabiskan masanya,” katanya kepada Harian Metro.
Iqram berharap netizen berhenti fikir bukan-bukan mengenai dirinya kerana kehidupannya semakin bahagia.
“Saya ingin maklumkan yang kehidupan saya jauh lebih bahagia berbanding sebelum ini. Banyak perkara yang saya cari selama ini.
“Sesat barat saya fikirkan namun bersyukur saya kini menemui kebahagiaan selepas segala pengajaran dan ilmu yang ditimba dengan guru yang bersama sepanjang 36 tahun saya hidup,” katanya.
Iqram turut memaklumkan dia kini mahu dikenali sebagai Princhiqy Dinzly.
“Jangan panggil saya Iqram. Saya mahu dikenali dengan nama Princhiqy sekarang ,” katanya.
Perangai pelik Iqram mula diperkatakan sejak Oktober lalu apabila sering berkongsi gambar di Instagram termasuklah swafoto bersama bapanya ketika sakit serta gambar di tanah perkuburan arwah bapanya sehingga mengundang pelbagai reaksi negatif.
Bapanya, Muhammad Saipuddin Datuk Seri Ahmad Said meninggal dunia 10 Oktober lalu kerana penyakit diabetes dan darah tinggi serta diserang angin ahmar.




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Pope Francis Breaks Tradition With Final Wish; Pon' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pope Francis Breaks Tradition With Final Wish; Pon' 21 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 22 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'What Happens When The Pope Dies Inside Vatican Cit' 24 mins ago
A visitor from Rawang viewed 'Perisa' 26 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pope Francis Breaks Tradition With Final Wish; Pon' 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '2 Wanita Direman Urus Proses Beli Bayi, Sedia Siji' 36 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Kes Pukul | BEST' 38 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Cenderahati kepada Presiden China hadiah peribadi ' 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pelakon Pukul Kekasih - Polis Buka Kertas Siasatan' 46 mins ago