Translate

08 January 2017

Viral Video Kucing Makan Sisa Ayam Tandoori

(Video) Viral Video Kucing Makan Sisa Ayam Tandori: Pengusaha Restoran Mohon Maaf, Tidak Lagi Jual Menu Tersebut


IPOH: Pengusaha sebuah restoran di sini memohon maaf selepas rakaman kejadian seekor kucing memakan ayam tandori menjadi viral di media sosial.

Rakaman yang berdurasi 48 saat itu dipercayai dirakam oleh seorang pelanggannya yang mana turut menunjukkan kawasan kiosk itu ditinggalkan tanpa pengawasan.

Keadaan itu menyebabkan seekor kucing memanjat dan memakan sisa makanan atas alas pemotong di kiosk tersebut.

Menurut pemilik restoran, Jasni Shamsudin, kejadian pada malam Khamis itu diketahui olehnya selepas sepasukan pegawai dan anggota Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) melakukan pemeriksaan di premisnya.

Beliau juga memohon maaf atas kejadian terbabit.

"Ketika kejadian, seorang daripada pekerja ke dapur untuk mengambil bahan membuat roti naan. Ketika kiosk ditinggalkan tanpa pengawasan antara dua hingga tiga minit, seekor kucing melompat ke atas dan memakan sisa ayam tandoori di situ," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Menurut Jasni lagi, pekerja terbabit digantung tugas secara sementara manakala peralatan membuat tandoori dan roti naan dibuang sebagai langkah menjaga aspek kebersihan

Katanya, menu itu tidak lagi dijual mulai hari ini.

Sementara itu, jurucakap MBI berkata, pemilik restoran berkenaan dikenakan kompaun RM250 kerana tidak mementingkan aspek kebersihan premis, selain diberi surat amaran dan diarah menghentikan penjualan ayam tandoori berkuat kuasa serta-merta.

Tinjauan mendapati pelanggan tetap mengunjungi premis itu namun kiosk ayam tandoori dan roti naan tidak lagi ditempatkan di pintu masuk restoran berkenan.

Sumber: BH Online

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED