MUSIC PLAYER AT BOTTOM

OVER 130 TOP HITS AVAILABLE ON OUR MUSIC PLAYER AT THE BOTTOM. TO VIEW THE LIST - CLICK ON MENU ICON AT THE BOTTOM RIGHT ... PLAYER NOT AVAILABLE FOR MOBILE PHONE / TABLET USERS

TO GET UPDATES IN YOUR E-MAIL PLEASE SUBMIT YOUR EMAIL ADDRESS

Saturday, 7 January 2017

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui dalam keadaan bogel, dipercayai ditinggalkan oleh ibunya di sebuah rumah

Kanak-kanak berusia 3 tahun ditinggal sendirian di rumah

TERBIAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui dalam keadaan bogel, dipercayai ditinggalkan oleh ibunya di sebuah rumah di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan dekat Tampin, semalam. — Gambar Bernama
TERBIAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui dalam keadaan bogel, dipercayai ditinggalkan oleh ibunya di sebuah rumah di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan dekat Tampin, semalam. — Gambar Bernama
Ditemui dalam keadaan bogel, lapar, menangis ketakutan
TAMPIN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui dalam keadaan bogel, dipercayai ditinggalkan bersendirian oleh ibunya di sebuah rumah di Kampung Parit Buluh, Air Kuning Selatan dekat sini awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Hamazah Ab Razak berkata, kanak-kanak yang dipercayai ditinggalkan seorang diri sejak jam 6 petang kelmarin ditemui kira-kira jam 1 pagi dalam keadaan lapar dan menangis ketakutan.
“Pihak polis menerima laporan daripada ketua kampung pada jam 12.45 tengah malam yang menyatakan terdengar bunyi budak sedang menangis di dalam sebuah rumah dalam keadaan gelap dan berkunci.
“Bertindak atas laporan awal, sepasukan polis dan orang kampung memecah masuk ke rumah tersebut dan menjumpai seorang kanak-kanak lelaki dalam keadaan tidak berbaju sedang menangis,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Hamazah berkata, pemeriksaan awal mendapati kanak-kanak tersebut tiada kecederaan luaran dan dia telah diberi makan dan minum oleh polis yang menjumpainya.
Siasatan lanjut mendapati ibu kanak-kanak tersebut, seorang wanita warga tempatan berusia 29 tahun, meninggalkan anaknya bersendirian kerana perlu menguruskan ibunya yang sakit mental di Felda Jelai 1 selain membantu menguruskan ibu tirinya di Londah yang baharu terlibat dalam kemalangan.
Hamazah berkata, selain kanak-kanak tersebut, wanita yang tidak bekerja itu juga mempunyai tiga anak hasil perkahwinan pertamanya.
“Wanita itu tidak membawa anak bongsunya kerana anggota keluarganya yang lain tidak mengetahui kewujudan kanak-kanak tersebut berikutan kanak-kanak itu merupakan anak luar nikah hasil hubungannya dengan teman lelaki warga Indonesia, yang sudah meninggalkannya.
“Suami kedua wanita tersebut yang bekerja sebagai pemandu lori juga tidak mengetahui kanak-kanak itu merupakan anak kepada isterinya kerana menyangka anak itu merupakan anak kepada kawan isterinya,” katanya.
Hamazah berkata rakaman percakapan jiran dan ketua kampung juga menyatakan tidak tahu akan kewujudan kanak-kanak yang tidak didaftarkan kelahirannya di Jabatan Pendaftaran Negara.
Hamazah berkata kanak-kanak tersebut telah dihantar ke Hospital Tampin untuk pemeriksaan lanjut dan kini berada dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.     “Wanita terbabit telah ditahan reman sehingga Isnin depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.
“Pihak polis memandang berat kes ini dan menyeru masyarakat peka dan semampu mungkin dapat mengelakkan kejadian berkenaan.
“Saya memuji usaha ketua kampung dan penduduk yang prihatin dengan keadaan sekeliling mereka, sekali gus dapat menyelamatkan kanak-kanak berkenaan,” katanya. — BernamaImage may contain: one or more people


Image may contain: one or more people

Image may contain: one or more people and people sitting


No comments:

Post a Comment

PLEASE LEAVE A COMMENT TO WIN A PRIZE EVERY FORTNIGHT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TWITTER POSTS

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Popular Posts - All Time

STORY SOURCE

The best stories & news from The Star Online, NST, Malaysian Digest, Asiaone, Beautifulnara, Rotikaya, Ohbulan, TheMalayMailOnline, Siakap Keli, Malaysian Insider, Free Malaysia Today and Yahoo are shared in this BLOG bestfbkl.blogspot.com

This Blog claims no credit for any images or stories on this site unless otherwise posted.

Post and Images on this blog are copyright to its respectful owners.

If there is a post or image appearing on this blog that belongs to you and do not wish for it to appear on this site, please email with a link to the said image, it will be promptly removed.

Google+ Followers