Harith Iskander Terima Imbuhan RM100,000
Pelawak terkenal tanah air Harith Iskander menerima imbuhan sebanyak RM100,000 daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia, sebagai penghargaan kemenangan Funniest Person In The World 2016 di Finland.
Ganjaran itu disampaikan oleh Menterinya, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak kepada Harith dalam satu majlis penghargaan yang diadakan pada Isnin
Harith, 50, berkata, Salleh banyak membantunya sebelum bertanding di pentas akhir yang berlangsung di Helsinki, Finland pada 10 Disember lalu.
Menurutnya, persembahan final itu dihadiri seramai 250 penonton dengan kira-kira 40 daripadanya adalah rakyat Malaysia yang menetap di Finland.
"Terima kasih kepada semua pihak dan penyokong yang tidak berhenti memberi sokongan sepanjang saya menyertai pertandingan itu.
"Pelawak dari negara lain mempersoalkan kenapa begitu ramai penyokong datang menyaksikan persembahan saya sedangkan Malaysia jauh dari Finland," katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.
Turut memeriahkan majlis penghargaan itu adalah Afdlin Shauki, Douglas Lim, Bocey, Eleena Haris, Elvira, Nabil Ahmad dan Lawa Nie Geng.