Translate

19 July 2016

Pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin mengumumkan tarikh pernikahan - 11 November, pertunangan - 22 Julai ini. (VIDEO)


Amar, Amyra Naik Pelamin 11 November 2016





.

Dedas desus mengenai teman tapi mesra, Amyra Rosli, 25, dan Amar Baharin, 31, bakal melangsungkan perkahwinan akhirnya terjawab apabila pasangan ini mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada 11 November depan.

"Selepas mendapat restu daripada kedua belah pihak keluarga, kami sepakat untuk menamatkan zaman bujang pada 11 November, " kata Amar dalam satu sidang media khas bertempat di Sunway Montana Club House, Desa Melawati.

"Sebelum itu kami akan mengikat tali pertunangan pada 22 Julai ini.

"Majlis pertunangan kami akan diadakan secara tertutup kerana mahu memberi privasi kepada kedua-dua pihak keluarga untuk berbincang mengenai majlis pernikahan kami," kata Amyra pula.

Terdahulu, Amar telah menghantar rombongan merisik ke rumah keluarga Amyra, pada hari raya Aidiladha tahun lalu.

Sementara itu, majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan diadakan pada 12 November. Manakala majlis resepsi sebelah pihak lelaki pula akan berlangsung pada 19 November.

Bagaimanapun Amar dan Amyra belum memutuskan lokasi bagi majlis pernikahan dan persandingan mereka.

Pasangan sama cantik sama padan ini mula digosipkan bercinta selepas mereka digandingkan menerusi drama Suamiku Encik Sotong dan Cik Bunga Encik Sombong.

-mD

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED