Translate

29 July 2016

Isteri Kedua Adi Putra adalah antara 15 kakitangan Imigresen yang ditahan di Putrajaya, berkaitan sindiket penyeludupan warga asing.


Isteri kedua Adi Putra antara ditahan bantu siasatan sindiket penyeludupan manusia?

Astro Gempak | Julai 28, 2016 18:06 MYT


Isteri kedua pelakon Adi Putra, Nor Shahida Zolkifly didakwa antara 15 kakitangan Imigresen yang ditahan pada petang Selasa di Putrajaya.


Isteri kedua pelakon Adi Putra, Nor Shahida Zolkifly didakwa antara 15 kakitangan Imigresen yang ditahan pada petang Selasa di Putrajaya.

Sumber Astro Gempak memberitahu isteri pelakon tersebut ditahan kira-kira jam 4.30 petang Selasa di pejabatnya dalam operasi khas.

Sementara itu menerusi laporan akhbar Berita Harian, penangkapan tersebut dilakukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan berkaitan sindiket penyeludupan warga asing.

Menurut laporan tersebut lagi, kumpulan pegawai imigresen tersebut menjadi pemudah cara untuk menguruskan dokumen kemasukan warga asing ke Malaysia.

Malah siasatan awal mendapati, seorang suspek wanita disyaki bekerjasama dengan penyeludupan manusia masuk utama negara dengan bantuan beberapa pegawai lain.

Wanita tersebut juga dipercayai antara pegawai yang berurusan terus dengan ejen sindiket dan memperoleh keuntungan yang tinggi menerusi aktiviti tersebut.






Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED