Translate

22 July 2016

Pelakon Adlin Aman Ramlie antara 14 orang yang Ditahan Polis berhubung kes penipuan pelaburan sebanyak RM35 Juta

ADLIN AMAN




Pelakon Adlin Aman ditahan polis


KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak terkenal merupakan antara 14 individu yang ditahan berhubung kes penipuan pelaburan membabitkan kerugian dipercayai sebanyak RM35 juta dalam beberapa siri tangkapan kelmarin.

Sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman turut menahan dua lelaki bergelar Datuk Seri yang juga dalang utama sindiket tersebut menerusi Operasi Nuri 2 di sekitar Melaka, Pahang, Kelantan dan Pulau Pinang.

Satu sumber berkata, Adlin Aman Ramlie, 44, ditahan polis di kediamannya di Cyberjaya pada 2 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini untuk siasatan lanjut.

“Kita juga difahamkan pelawak itu berperanan melindungi dalang utama serta menyediakan tempat tinggal dan kemudahan lain.

“Kesemua suspek terdiri daripada sembilan lelaki dan lima wanita yang berusia lingkungan 28 hingga 58 tahun itu kini ditahan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED