Translate

31 January 2016

Pertemuan semula rakan zaman sekolah melalui media sosial kadangkala boleh membuatkan rumahtangga porak peranda- Salih Yakob

"Rumah Tangga Saya Runtuh Kerana Reunion Sekolah" — Salih Yakob


KUALA LUMPUR: Pertamuan semula rakan-rakan laman zaman sekolah melalui media sosial seperti Facebook dan "group" Whatapps kadangkala boleh membuatkan rumahtangga yang dibina porak peranda dek terkenangkan kisah laman.

Apa yang dikatakan ini diakui oleh pelawak Salih Yaakob, 55, yang mengatakan itulah punca rumahtangganya dengan isteri kedua, Nor Raha Hamad, 47, runtuh pada September tahun lalu.

“Zaman Facebook, zaman khidmat pesanan ringkas (SMS) ini, orang suka sangat anjurkan sesi reunion dengan kawan-kawan sekolah. Mula-mula seronok sebab dapat imbau semula kenangan zaman sekolah, lelaki dan perempuan. Akhirnya, boleh jadi suka semula dengan kawan lama kita.

“Ini sangat bahaya sebab perkara ini boleh membawa kepada punca perceraian. Buktinya, itulah juga yang terjadi kepada saya dan isteri sehingga kami akhirnya berpisah. Selepas 23 tahun berkahwin, kami berpisah tidak lama selepas acara reunion sekolah dia,” jelasnya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Saleh yang tidak menafikan kewujudan orang ketiga dalam kes penceraiaannya itu memberitahu bekas isterinya itu telah pun berkhawin dengan lelaki tersebut sebaik sahaja tempoh edah habis pada penghujung 2015.

“Dia mula berubah sikap selepas bertemu semula dengan rakan-rakan lamanya semasa reunion dan ketika itu dia memberitahu yang dia sudah tawar hati dan mohon untuk dilepaskan. Oleh kerana hormat akan permintaan dia, maka saya menceraikan dia secara baik. Saya reda melepaskan dia kerana itu yang dia pilih. Pada usia 47 tahun, dia minta cerai dan saya perlu tunaikan kerana tidak mahu berdosa,” katanya.

Salih yang merupakan bapa kepada 13 orang anak itu yakin bahawa apa yang terjadi ini ada hikmah disebalik segala yang terjadi dalam kehidupannya dan isteri-isteri yang lain.

Ditanya adakah Salih akan berkahwin lagi untuk mencukupkan kuota perkahwinannya seperti sebelum ini, Salih seakan-akan tidak selesa.

“Saya percaya, tentu ada sebab mengapa Allah mengaturkan perkara ini. Sebagai hamba Allah, kita perlu percaya dan menerimanya dengan yakin. Tak perlulah kita menghukum mana-mana pihak di sebalik perkara ini.

“Mengenai berkahwin lagi, benda ini tidak boleh diatur-atur atau dirancang. Saya tidak ada jawapan untuk soalan itu kerana saya tidak boleh meramalkan apa yang bakal terjadi pada masa depan, kita terima sahaja bahagian masing-masing yang sudah ditentukan oleh Allah,” katanya.

Tiga isteri yang masih setia dengan Salih ketika ini ialah Norlizah Mamat, 51, Norfara Wahida Sulaiman, 37, dan Samihah Syeikh Ali (30).

Hasil perkahwinan Salih dan Nor Raha, dikurniakan lima anak berumur antara 13 hingga 22 tahun, selain dua yang masih bersekolah. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Putrajaya viewed 'Man Accused Of Trying To Open Door Twice On Flight' 18 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'JAKIM does not issue halal certification for beer-' 46 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'BEST FBKL' 1 hr 33 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Tukang cat didenda RM4,000 muat naik video ugut te' 2 hrs 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'GARA - GARA TERTEKAN PEDAL MINYAK TEKSI REMPUH BAN' 4 hrs 27 mins ago
A visitor from Cambridge viewed 'One of the two women in the Viral Pictures Noorhai' 6 hrs 14 mins ago
A visitor from St petersburg viewed '10 Remaja Lelaki Rogol Kanak- Kanak 12 Tahun(1 Vid' 8 hrs 55 mins ago
A visitor from Chelyabinsk viewed 'SAC Normah Ishak is now the new Royal Malaysian Po' 8 hrs 55 mins ago
A visitor from Muscat viewed '15 countries have sent trade deal p' 10 hrs 24 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'BAYI LELAKI MAUT TASKA TERBABIT TIDAK TERDAFTAR | ' 12 hrs 40 mins ago