Translate

28 January 2016

Buaya Sambar Kaki Ketika Memancing, Pekerja Ladang Cedera Parah


LAHAD DATU: Seorang lelaki yang merupakan seorang pekerja ladang cedera parah selepas beliau dilaporkan telah diserang oleh seekor buaya ketika sedang memancing.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang itu, warga Indonesia, Sulle Buriah, 37, pekerja ladang kelapa sawit di FELDA Sahabat 39, bersama anak lelakinya berusia lapan tahun dikatakan sedang memancing di sebuah kawasan takungan air berhampiran Loji Jeragan Bistari di kawasan Felda tersebut.

Ketika memancing, tiba-tiba seekor buaya telah menyambar kakinya menyebabkan dia jatuh ke dalam kolam takungan air berkenaan.

Pengurus Ladang FELDA Sahabat 39, Shahalin Barahim berkata, penduduk yang berada di lokasi kejadian terus bergegas menarik keluar mangsa yang ketika itu sedang bergelut dengan buaya berkenaan.

"Mangsa yang patah tangan dan mengalami kecederaan di paha kanan dikejarkan ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya dipetik laporan Berita Harian.

Shahalin berkata, kolam takungan air berkenaan memang dihuni buaya, namun tidak pernah berlaku kes reptilia itu menyerang manusia. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis cari suspek curi beg duit di Pasar Siti Khad' 2 hrs ago
A visitor from Bandar seri begawan viewed 'Pelakon Pukul Kekasih - Polis Buka Kertas Siasatan' 3 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Kes Pukul | BEST' 3 hrs 28 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Wanita 'Panjang Tangan' Ditangkap | BEST FBKL' 3 hrs 39 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 4 hrs 2 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'PERGADUHAN DI PESTA SONGKRAN DAMANSARA | BEST FBKL' 4 hrs 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'What Happens When The Pope Dies Inside Vatican Cit' 4 hrs 16 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Harga emas lonjak lebih AS$3,400, catat rekod tert' 4 hrs 29 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 4 hrs 53 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed '8 Termasuk Seorang Wanita Ditahan Kes Pukul | BEST' 4 hrs 56 mins ago