"Biar Allah Yang Menghukumnya" - Komen Iqram Berhubung Foto Bersama Uqasha Senrose Yang Tersebar
PETALING JAYA: Pelakon, Iqram Dinzly menganggap gambar percutiannya bersama pelakon, Uqasha Senrose adalah ujian yang besar buat dirinya.
Di dalam gambar tersebut, turut kelihatan Uqasha membuka tudung.
Bagaimanapun, Iqram enggan memberi sebarang komen tentang perkara tersebut dan meminta individu yang mendedahkan gambar-gambar tersebut bertanggungjawab.
"Saya minta maaf, saya hanya mampu katakan no comment mengenai gambar percutian itu dan tidak boleh beri kerjasama.
"Sahih atau tidak sahih, biarlah Allah menghukumnya kerana kita sebagai manusia sesama manusia seharusnya sebaik mungkin menutup aib sendiri, inikan pula aib orang lain.
"Saya bukan malaikat mahupun maksom kerana kita manusia sentiasa diuji dan diduga," katanya sebagaimana lapor mStar Online.
Iqram berkata sedemikian ketika mengulas tentang gambarnya bersama Uqasha ketika bercuti di Pulau Koh Lipe, Thailand sebagaimana yang tersebar di akhbar minggun pada Ahad lalu.
Antara gambar yang tersebar memaparkan Uqasha dalam keadaan tidak berhijab dan memakai seksi bersama adik-adik yang lain.
Antara keratan gambar yang tersebar |
"Saya juga berharap perkara ini tidak terus diperbesarkan. Biarlah apa pun persepsi orang, apa orang nak katakan.
"Andai terjatuh fitnah sekalipun, sebagai hamba Allah saya tetap memaafkan insan itu dan terima kasih kerana prihatin," ujarnya. - Siakapkeli.my