Tamatkan Zaman Duda, Angah Bakal Nikah Gadis 20 Tahun
Selepas berkenalan lebih dua tahun, pelawak Angah (Raja Lawak) akan menamatkan zaman duda pada 19 Februari depan dengan gadis pilihan hatinya berusia 20 tahun bernama Ameera Syura Abb Razak.
Menurut Angah atau nama sebenarnya Iskandar Shah Hashim, 37, dia tidaklah merasa begitu gementar memandangkan ini adalah perkahwinan kali
Angah dan Ameera mula berkenalan ketika Angah menjadi pengacara majlis yang dianjurkan oleh bapa Ameera sendiri.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Januari tahun lalu.
“Setelah sembilan tahun menduda, saya jumpa seorang yang ada chemistry. Dalam tempoh setahun kenal saya rasa selesa dengannya dan kami melengkapi antara satu sama lain,” jelas Angah seperti yang dilaporkan Mangga online.
Menurut Angah, setakat ini persiapan perkahwinannya sudah siap 80 peratus.
“Sebelum menjadi suami saya belajar untuk menjadi seorang iman dan cukupkan solat lima waktu,” katanya yang juga akan sibuk dalam Maharaja Lawak Mega 2016.