Translate

21 January 2016

Pintu hati produser kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman terbuka untuk bernikah semula dengan bekas suaminya.

Raja Azmi Nikah Semula Dengan Bekas Suami


..
Pintu hati produser kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman terbuka untuk bernikah semula dengan bekas suaminya iaitu Mohd Eddie Ghazali, 48, selepas membuat solat Istiqarah dan mendapat petunjuk daripada Allah.
Memetik laporan mStar online, Raja Azmi, 57, berkata, biarpun lebih setahun bercerai namun Eddie yang juga bekas gitaris kumpulan CRK itu tidak pernah jemu berusaha menujuknya semula untuk kembali bersama.
Pasangan ini dijadualkan bernikah pada 26 Februari depan di Surau Sering Ukay, Ukay Perdana, Ampang,
"Alhamdulillah, hati saya terbuka sekali lagi untuk bernikah semula dengannya dan berharap perkahwinan kali ini akan kekal hingga ke akhirat.
"Majlis tersebut akan diadakan secara kecil-kecilan sahaja yang bakal dihadiri keluarga dan rakan-rakan terdekat. Majlis hanya akad nikah dan doa selamat sahaja," ujarnya.
"Kami bercerai setahun ini kami masih berkawan baik, banyak pengajaran yang saya dan dia dapat untuk perbaiki pada rumah tangga kali kedua ini.
"Saya akui jatuh cinta semula kerana dia sentiasa ada ketika saya gembira dan bersedih.
"Saya juga beberapa kali buat solat Istiqarah dan Alhamdulillah memang Allah beri petunjuk ke arah ini," ujarnya yang berharap dapat melayari perkahwinan kali ini dengan lebih baik dan membina sebuah keluarga yang bahagia.
Raja Azmi dan Eddie bercerai pada 11 November 2014 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Ampang Selangor. Mereka berkahwin pada 13 Oktober 2013.
Raja Azmi sebelum itu pernah berkahwin dengan jaguh badminton negara, Mohd Jalani Sidek dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Puteri Suraya, 30, Puteri Suaida, 26, dan Megat Deli, 21.
Malaysian Digest

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED