Translate

04 January 2016

Aktres jelita Maria Farida mendakwa dirinya difitnah oleh anak tiri sendiri yang menuduh dia menghasut suaminya, Datuk Rahman Shakur

Maria Farida Dakwa Difitnah Anak Tiri

..
Aktres jelita, Datin Maria Farida, 47, mendakwa dirinya difitnah oleh anak tiri sendiri yang menuduh dia menghasut suaminya, Datuk Rahman Shakur, 63, agar mengabaikan kebajikan empat anak tiri mereka.
Memetik laporan Kosmo! pelakon filem Bisikin Asmara itu, turut menafikan dakwaan anak tirinya, Nurshazleen Anis, 28, yang mendakwa dia telah berubah sikap selepas berkahwin dengan Rahman hampir dua bulan lalu.
Terdahulu, laporan sebuah akhbar mingguan menyebut, Maria dituduh berbuat demikian kerana Nurshazleen dan tiga adiknya, Wan Natasha, 22, Damia Caldia, 16, dan Cahaya Nilam, 14, juga merupakan anak tiri Rahman.
Empat beradik itu adalah anak kepada bekas isteri Rahman, Karen Rahman, 44, dengan suami terdahulu.
Nurshazleen mendakwa bapa tirinya itu, hanya mahu menjaga dua zuriat kandungnya, Nur Aisyhea Rahman, 10, dan Qalif Ryan, 6, yang merupakan anak hasil perkahwinan Rahman dan ibunya.
Maria bernikah dengan Datuk Rahman Shakur pada 26 November 2015.
Malaysian Digest


MAAFKAN ANIS IBU
http://bestfbkl.blogspot.my/2016/01/maafkan-anis-ibu-anak-karen-rahman.html

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED