Translate

04 October 2015

Setelah Selamat Melahirkan Bayi Sulung, Erin Malek Redha Pemergian Pasangan Kembar Bayinya di Minggu ke 16



Pada 1 Oktober lalu, pelakon Erin Malek telah selamat melahirkan bayi sulungnya yang bernama Mohamed Faliq Bin Mohamed Farriz.

Namun ramai yang tidak tahu Erin yang sebelum ini disahkan mengandung kembar terpaksa menerima hakikat bahawa salah seorang bayinya meninggal dunia ketika kandungan mencecah 16 minggu.

“Assalamualaikum. 1 Oktober 2015, Khamis, 9.27 pagi. Alhamdulillah ia adalah hari paling indah buat saya dan Farriz. Kami ingin memperkenalkan anak kami, Mohamed Faliq Mohamed Farriz”

“Bagaimanapun mungkin ramai tidak mengetahui adik kembar kepada Faliq meninggal dunia ketika kandungan saya berusia 16 minggu,” tulis Erin Malek memetik Rotikaya.


Bayinya dikhabarkan meninggal dunia berpunca daripada lebihan cecair di dalam perut menyebabkan badannya membengkak.

Namun Erin tidak perlu menggugurkan janin itu dan boleh meneruskan kandungannya seperti biasa sehingga tempoh dia bersalin.

“Perasaan saya berbaur-baur apabila melihat wajah Faliq kerana dia mengingatkan saya kepada kembarnya. Saya dan suami sedih dengan kejadian itu namun kami percaya Allah mempunyai perancangan lebih baik untuk kami sekeluarga”

“Dikesempatan ini juga kami ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan-rakan dan semua yang memberi sokongan dan doa. Terima kasih,” tambahnya. -Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED