Individu Perguna Nama Che Ta, Kaut Untung RM700,000
Sudah beberapa kali nama Rozita Che Wan @ Che Ta dipergunakan oleh beberapa pihak tidak bertanggungjawab di Instagram sejak dua tiga tahun ini. Terbaru, dilaporkan seorang lagi individu menggunakan nama pelakon itu hingga berjaya mengaut hasil haram mencecah RM700,000.
Memetik laporan Harian Metro, seorang lelaki di sebalik akaun Instagram Paris Shopping Heaven telah menipu orang ramai dengan menjual beg berjenama mewah pada harga rendah namun tidak pernah menunaikan mana mana pesanan pelanggan.
Beberapa bulan lalu, Rozita Che Wan ada memuat naik status di Instagram memberi amaran kepada pengguna supaya tidak tertipu dengan akaun tersebut yang pernah menggunakan namanya seoalah olah beliau pernah berurusan membeli beg tangan mewah.
"Saya dimaklumkan peminat apabila lelaki itu mengunakan gambar saya kononnya pernah berurusan membeli beg berjenama daripadanya. Kalau baca komen memang ramai yang mengadu mereka ditipu pemilik akaun terbabit. Saya tak pernah kena lagi, tetapi nyaris ditipu,” ujar Che Ta.
Sehingga kini lebih 30 orang mangsa terpedaya tampil membuat laporan polis dan mendedahkan taktik lelaki itu menipu mereka. Bukan sahaja tidak menunaikan pesanan malah turut enggan memulangkan wang pelanggan yang terkena.