Translate

05 October 2015

2 PREMIS YANG DI SERBU POLIS DI PUCHONG DAN PANDAN INDAH MENYEDIAKAN PELACUR DAN GRO ASING (VIDEO)



INI PULA SINDIKET PELACURAN YANG TAK SERIK UNTUK CUBA NASIB MENCAMBAH BISNESNYA DI PUSAT HIBURAN MAHUPUN PUSAT REFLEKSOLOGI.

KERANA HANTU DUIT... PEMILIK PUSAT HIBURAN DAN PUSAT REFLEKSOLOGI KINI TAK TAKUT DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG MALAH BEROPERASI TANPA SEBARANG LESEN.

MALAM TADI.... 2 PREMIS YANG DI SERBU POLIS DI PUCHONG DAN PANDAN INDAH TERBUKTI MELANGGAR KESALAHAN MENYEDIAKAN PELACUR DAN GRO ASING SEBAGAI MODAL KAUT UNTUNG.

38 WANITA WARGA ASING DITANGKAP.

SERBUAN DI PUSAT REFLEKSOLOGI DEKAT BANDAR PUTERI PUCHONG BERJAYA MENYELAMATKAN 26 WANITA VIETNAM DARI TERUS DIJADIKAN HAMBA SEKS.

RISIKAN DILAKUKAN BAHAGIAN MAKSIAT D TUJUH IPK SELANGOR DAN DIKETUAI ASP SOBRI ITU BERJAYA MEMBONGKAR KEGIATAN ITU YANG BEROPERASI SEJAK BEBERAPA BULAN LEPAS.

2 LELAKI BERTINDAK SEBAGAI BAPA AYAM DAN JAGA PINTU DITANGKAP.

KETIKA SERBUAN... 11 KAKI PEREMPUAN LEKA MELAKUKAN SEKS DI BILIK SEMPIT YANG DISEDIAKAN DI TINGKAT ATAS.

PERALATAN SEKS JUGA DIRAMPAS.

ADUAN MENDAPATI KESEMUA WANITA TERBABIT DIPAKSA UNTUK BEKERJA SEBAGAI PELACUR.

MANAKALA DI PANDAN INDAH.... 12 GRO VIETNAM DITAHAN.

IA HASIL SERBUAN POLIS BAHAGIAN MAKSIAT D TUJUH JSJ BUKIT AMAN.

SERBUAN ITU TURUT MENGEJUTKAN LEBIH 30 PELANGGAN.

RISIKAN MENDAPATI PREMIS TERBABIT SUDAH BEROPERASI 2 TAHUN LALU DAN TIDAK PERNAH DISERBU.

2 PENJAGA TURUT DIBERKAS BAGI MEMBANTU SIASATAN.

MANAKALA PERALATAN AUDIO DIRAMPAS.

KESEMUA TANGKAPAN DIBAWA KE IBU PENJABAT DAERAH AMPANG DAN SERDANG UNTUK TINDAKAN LANJUT.

-MetronewsKL

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED