Translate

03 April 2015

Seorang Ibu Tidak Dibenarkan Saksikan Konvo Anak Kerana dikatakan Tidak Patuh Etika Pakaian UiTM. UiTM perlu jelaskan perkara ini!

Ibu Tidak Dibenarkan Saksikan Konvo Anak Kerana Tidak Patuh Etika Pakaian


Seorang ibu menyatakan kesedihannya apabila tidak dapat memasuki dewan konvokesyen UITM Shah Alam untuk melihat anaknya menerima segulung ijazah di hari bersejarah selepas menamatkan pengajian.

Beliau, Marjorie Abdullah,  yang melalui saat sedih dan kecewa ini telah berkongsikan perkara ini di laman Facebook miliknya dengan mendapat perhatian ramai.


Marjorie yang datang dari Sarawak ke Shah Alam terkejut selepas dia tidak dibenarkan oleh pihak universiti memasuki dewan untuk menyaksikan Istiadat Konvokensyen anaknya kerana tidak mematuhi etika pakaian.


Marjorie memberitahu dia tidak tahu etika pakaian seperti tertera dalam kad jemputan kerana berada di Sarawak namun alasan itu tidak diterima pihak universiti berkenaan.

Kerana tindakan pihak universiti tersebut kepada beliau, anaknya juga enggan menghadiri Istiadat Konvokesyen kerana tidak setuju dengan cara ibunya dilayan.

Walaubagaimanapun, Marjorie tetap kelihatan gembira ketika bergambar dengan anaknya di luar dewan kerana yang penting, anak perempuannya berjaya menamatkan pengajian.

Cara pemakaiaan beliau tidaklah teruk pun, tertutup elok. Bagaimana sebenarnya cara pemakaian yang di tetapkan oleh pihak UITM. - Siakapkeli.com.my
Bestfbkl - The mother is dressed well enough UiTM better give a damn good explanation for this mother having to miss such a joyous occassion.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED