Translate

18 April 2015

Seorang gadis, Stacey Aden, telah diangkta sebagai wira apabila tersiar video menunjukkan beliau telah mempertahankan wanita muslim yang sedang di hina

Gadis Australia Pertahan Wanita Islam Dari Dihina Oleh Orang Ramai



Sydney: Seorang gadis, Stacey Aden, telah diangkta sebagai wira apabila tersiar video menunjukkan beliau telah mempertahankan wanita muslim yang sedang di hina di dalam keretaapi CityRail dari pusat bandar menuju ke lapangan terbang petang semalam.

Kerana tindakannya itu, ramai pengguna laman sosial dari seluruh dunia memuji tindakannya yang dianggap berani kerana membela wanita tersebut dari dicop sebagai pengganas walaupun berlainan agama.


Kejadian tersebut berlaku dalam lingkungan pukul 1.40 petang waktu Australia di mana seorang wanita berusia 40an telah menghina wanita bertudung tersebut dengan pelbagai hinaan sehingga dikaitkan dengan aktiviti pengganas.

“Mengapa kamu memakai tudung untuk seorang lelaki yang berkahwin dengan anak kecil yang berusia enam tahun,” sindir perempuan tersebut.

Wanita bertudung tersebut hanya mendiamkan diri seolah tidak ada apa-apa mungkin kerana tidak mahu memburukkan keadaan.

Stacey yang berada disitu bingkas bangun dan membidas kata-kata wanita tersebut.

“Dia memakai tudung untuk dirinya sendiri, kerana ingin tampak sopan (menutup aurat) dan bukan untuk orang seperti kamu yang hanya duduk di situ dan tidak menghormati dia,”ujar Stacey

Tidak berpuasa hati dengan tindakan Stacey itu, wanita itu mula membangkitkan isu penderaan dan pembunuhan yang berlaku di Martin Place tidak lama dahulu.

“Anak-anak kamu memenggal kepala orang,” balas perempuan itu.

“Bukan dia yang melakukannya, ia dilakukan oleh sekelompok kecil dan bukan mewakili keseluruhan muslim” bidas Stacey pula.

Wanita berbaju merah itu cuba membalas kenyataan Stacey dengan mendakwa seramai 148 orang Kristian terbunuh di Kenya dan konflik agama yang tercetus di Syria.

“Apa kena-mengena isu tersebut dengan wanita bertudung ini.

“Kalau kamu tidak boleh bercakap secara baik dengan orang lain sebaiknya jangan bercakap langsung.

“Tutup mulutmu, tutup mulutmu!” tegas Stacey lagi.



Stacey yang sempat membuat rakaman kejadian tersebut telah memuat naik video ke laman Facebook miliknya.

“Saya duduk selama 10 minit sebelum merakan insiden seorang wanita yang menghina seorang wanita muslim dan menuduhnya sebagai pendokong ISIS hanya kerana dia memakai tudung.

“Orang seperti ini yang sombong dengan tidak menghormati orang lain membuatkan saya menyampah. Mereka sepatutnya berhenti menilai pegangan agama orang lain” ujarnya. -Siakapkeli.com.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED