PENJAGA GOL JDT II DITUDUH AIB POLIS
Penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT) II dituduh di mahkamah majistret di sini kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis.
Mohd Anis Faron Ahmad, bagaimanapun mengaku tidak bcrsalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret L Umma Devi. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Azura Zulkiflee.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan maksud hendak mengaibkan pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menyebut kata-kata kesat dengan maksud supaya perkataan itu didengari oleh anggota polis yang sedang bertugas.
Mohd Anis dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 10.50 malam pada 3 April lalu di Stadium Bandaraya Pulau Pinang di sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sumber: Sinar Harian
