Berikutan penyebaran sebuah video lagu GST yang dinyanyikan oleh pekerja kastam yang menjadi viral minggu lepas, seorang pegawai kastam yang namanya tidak didedahkan telah tampil membuah satu luahan.
Luahan tersebut telah dihantar melalui Facebook Mesengger kepada saudara Saiful Nang yang dikongsikan dilaman sosial miliknya menunjukkan luahan pegawai tersebut.
Video yang disebarkan sebelum ini telah menerima pelbagai kritikan terutaman bagi mereka yang tidak menyokong GST.
Ada jugak mereka yang mengatakan video tersebut tidak mempunyai kualiti selain ada yang menempelak pihak kastam tidak buat kerja sebaliknya hanya menyanyi.
Laporan awal media tempatan mendakwa video itu diterbitkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi mempromosikan GST. Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan oleh seorang pegawai Kastam yang terlibat dalam video berkenaan.
Berikut adalah luahan pegawai tersebut.
Nampaknya video yang disebarkan sebelum ini adalah video lama. Tapi berdasarkan komen pegawai kastam tersebut ia turut menyatakan mereka yang turut terkesan dengan GST.
Apa ayng pasti video ini hanya dimiliki oleh pihak kastam sahaja dan sudah pasti yang menyebarkan pun sudah mesti dari antara mereka sendiri. - Siakapkeli.com.my