KUALA LUMPUR: Aktres dan pengacara Neelofa menjelaskan isu dia tidak berjabat tangan pengurusnya, Shawn Amer ketika diumumkan sebagai pemenang Pengacara TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2014) pada 5 April lalu mempunyai hikmah tersendiri.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 25, berkata, sejak peristiwa itu kaum lelaki lebih berhati-hati ketika mendekatinya selain tidak menghulurkan tangan untuk bersalam.
"Biarpun ada yang menyokong tindakan itu tetapi ada juga yang mengkritik saya. Bagaimanapun ia sebenarnya mempunyai hikmah besar iaitu lelaki bukan muhrim tidak lagi menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan saya.
"Pada saya ia satu permulaan positif kerana saya sendiri ingin memperbaiki diri untuk menjadi muslimah lebih baik dan isu berkenaan sebenarnya banyak membantu saya," katanya.

Neelofa ditemui ketika sidang media filem Pilot Cafe di Restoran Melur & Thyme, Nu Sentral di sini, Rabu.
Neelofa bergandingan dengan Fahrin Ahmad dalam filem Pilot Cafe.
Filem arahan Osman Ali itu diadaptasi daripada novel tulisan Ahadiat Akashah dan bakal menemui penonton pada 30 April ini.
Selain Neelofa, Pilot Cafe turut menampilkan barisan artis seperti Fahrin Ahmad, Remy Ishak, Izara Aishah, Keith Foo, Datuk Eizlan Yusof dan Aishah Ilias.
Semasa ABPBH 2015 lalu, aksi Neelofa tidak menyambut tangan yang dihulurkan pengurusnya berjaya dirakamkan jurukamera namun timbul isu lain pula apabila dia bersalaman dengan pengarah drama Michael Ang.
Dalam pada itu, Neelofa berkata, dia tidak pernah merasakan dirinya sudah sempurna hanya kerana enggan berjabat tangan dengan lelaki kerana baginya sebagai manusia biasa dia tetap akan melakukan kesalahan sama ada sedar atau pun diluar kawalannya.
Namun bagi bekas pengacara program Nona itu, dia tidak akan berhenti untuk terus memperbaiki diri untuk menjadikannya seorang muslimah sejati.
"Seperti isu salam itu, saya tetap dikritik kerana saya tidak bersalaman dengan pengurus tetapi menyambut salam pengarah, Michael Ang dan ia berlaku secara spontan.

Neelofa bakal kembali ke set penggambaran telefilem berjudul 'Rindu Tiada Bertepi'.
"Saya juga manusia biasa yang ada melakukan kesilapan dan masih berusaha untuk memperbaiki kelemahan diri," katanya yang mengakui ia satu kesilapan yang tidak disengajakan.
Sementara itu, bercakap mengenai Pilot Cafe, Neelofa berkata, dia ada menerima kritikan daripada pengikut laman sosialnya selepas memuat naik gambar poster filem berkenaan bagi tujuan promosi yang ketika itu dia masih belum bertudung.
Jelas Neelofa, sebagai seorang pelakon dia perlu memikirkan banyak pihak dan apa dilakukan itu sebagai satu tanggungjawab terhadap naskhah berkenaan.
"Pada saya filem itu dilancarkan pada tepat masanya kerana menerusi filem berkenaan saya adalah seorang yang berbeza dua tahun dahulu berbanding sekarang.
"Apa yang ingin saya katakan sesiapa pun boleh berubah dan kadang-kala ia berlaku dalam sekelip masa.

Pilot Cafe bakal menemui penonton pada 30 April ini di pawagam.
"Sudah tentu saya ingin memadam apa juga kisah lalu saya tetapi ia sesuatu yang mustahil jadi apa boleh saya lakukan adalah teruskan kehidupan dan mengambil iktibar," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Neelofa bakal kembali ke set penggambaran telefilem terbaharu berjudul Rindu Tiada Bertepi selepas dua tahun tidak muncul dengan sebarang projek lakonan.
Dia menerima tawaran tersebut kerana merasakan sekarang adalah waktu paling sesuai untuknya kembali aktif memandangkan perniagaannya semakin stabil.
"Saya cukup teruja untuk kembali ke set penggambaran kerana sudah dua tahun tidak berbuat demikian dan memang rindu hendak berlakon.
"Selain drama berkenaan saya juga ada menerima beberapa tawaran lain dan sedang mempertimbangkannya," kata Neelofa