Translate

05 April 2015

Dakwaan Helikopter Yang Dinaiki Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan 5 yang lain Disabotaj, PM Dato Seri Najib Arah Siasatan Rapi (9 Gambar)


Dakwaan Disabotaj, PM Arah Siasatan Rapi

heli-12Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan siasatan rapi dilakukan dari segala aspek supaya punca tragedi dapat dikenal pasti berhubung nahas helikopter terhempas yang mengorbankan nyawa enam penumpang termasuk dua pegawai kanan beliau petang tadi.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor mendengar laporan siasatan daripada pihak-pihak berkenaan mengenai kemalangan helikopter yang melibatkan Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Dato Azlin Alias, serta 4 mangsa-mangsa lain.
Sebelum ini MYKMU melaporkan bahawa terdapat kemungkinan unsur sabotaj dalam kemalangan tersebut.
Sementara itu TheRakyatPost.com. melaporkan Perdana Menteri menganggap kemalangan ini merupakan satu kehilangan dua orang yang begitu yang begitu besar sumbangan kepada kerajaan, parti dan negara.
“Bagi saya, satu kehilangan amat besar kerana Tan Sri Jamaluddin Jarjis sejak zaman universiti, dalam sejarah perjuangan kerjaya politik, kami amat rapat dalam satu bahagian, satu pentadbiran dan penasihat khas Jabatan Perdana Menteri (JPM).
“Dia juga mempunyai ramai kenalan dalam kerajaan sebagai Duta Khas di Washington, juga memainkan peranan mengukuhkan hubungan dengan AS dan Malaysia.
“Saya anggap Tan Sri berkebolehan tinggi, banyak jasa kepada parti dan negara. Dia juga banyak beri pandangan dan nasihat. Kehilangan beliau satu tragedi besar. Saya amat sedih dengan apa yang berlaku,” katanya yang ditemui pemberita di lokasi kejadian yang turut dihadiri Datin Seri Rosmah Mansor, anaknya Najwa dan suami.
Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat.
Najib bagaimanapun menjelaskan beliau tidak boleh mengesahkan identiti mangsa-mangsa tragedi selagi belum disahkan oleh forensik.
Ketika ditanya mengenai kehilangan Ketua Setiausaha Sulitnya, Datuk Azrin Alias, Najib melahirkan rasa sedih dengan kejadian ini sambil berharap kesemua keluarga mangsa nahas tabah dan bersabar.
“Azrin amat rapat dengan saya membantu urusan dalam kerajaan dan secara peribadi. Beliau bersetuju tinggalkan kerjayanya dalam korporat untuk berkhidmat dengan kerajaan.
“Satu kehilangan besar. Harap keluarga mangsa-mangsa nahas ini tabah sabar dalam dugaan. Saya dan semua rakan-rakan berdoa apa yang telah berlaku.
Najib juga menyarankan agar musibah ini memberi contoh supaya lebih bersatu dalam memperjuangkan untuk kepentingan bangsa, agama dan negara.
Enam penumpang dalam nahas helikopter jenis S365 yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih berjaya ditemui oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor.
Pengarahnya, Othman Abdullah berkata lima penumpang dijumpai dalam satu kumpulan manakala seorang lagi ditemui terhempap di bawah rangka helikopter.
“Kesemua mayat yang dijumpai dalam keadaan sempurna tetapi terbakar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurut Othman, helikopter tersebut dalam perjalanan dari Pekan, Pahang menuju ke Subang, melalui kawasan Mines sebelum terputus hubungan.
“Helikopter dipercayai meletup di udara dan punca sedang dikenal pasti,” jelasnya.


Kesemua mayat mangsa nahas dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

mykmu.net




Gambar terakhir Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Dato Azlin (baju kelabu kedua dua) di Pekan sebelum nahas petang tadi. Al Fatihah










Embedded image permalink


PM Najib Razak tiba di tempat nahas helikopter terhempas di Semenyih

Embedded image permalink
Perdana Menteri Najib Razak bersama isteri hadir mendengar taklimat daripada anggota bomba mengenai nahas helikopter di Semenyih petang ini. Turut hadir ialah Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi.



PM Najib Razak kelihatan sedih ketika sidang media di tempat kejadian nahas helikopter terhempas di Semenyih. Semoga roh-roh mangsa yang terkorban ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
Doa sebagai pengiring usaha dan perjalanan

Najib Razak di Hospital Kuala Lumpur turut menyedekahkan al-Fatihah kepada mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter petang Sabtu.








Pegawai Kanan Perdana Menteri Terbunuh, Adakah Helikopter Disabotaj?


Misteri menyelubungi tragedi udara yang mengorbankan dua orang pegawai kanan Perdana Menteri Malaysia petang tadi apabila saksi melaporkan helikopter tersebut meletup diudara sebelum terhempas.
Bernama melaporkan Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias antara penumpang helikopter yang terhempas di Semenyih petang ini.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata berdasarkan maklumat awal daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA), nama mereka terdapat dalam senarai penumpang helikopter berkenaan.
“Berdasarkan maklumat awal yang saya dapat daripada DCA, senarai penumpang helikopter ini memang ada nama mereka berdua. Tetapi, kita kena semak lagi selepas bdah siasat (mangsa) dilakukan,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Walaupun pada awalnya media melaporkan helikopter itu, yang membawa enam orang termasuk juruterbangnya, terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih dekat sini pada 4.55 petang akibat cuaca buruk, namun terdapat laporan bahawa helikopter tersebut meletup di udara sebelum terhempas dan meletup sekali lagi di kawasan kebun getah.
Dakwaan helikopter meletup ini menimbulkan tanda tanya sama ada helikopter tersebut meletup akibat kegagalan mekanikal atau disabotaj pihak tertentu.



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED