Translate

12 September 2014

Sarimah Ibrahim Tak Pernah Tahu Bakal Tunang Golongan Kerabat?????

Sarimah Ibrahim Tak Pernah Tahu Bakal Tunang Golongan Kerabat

..
Selepas mengalami kegagalan rumah tangga beberapa tahun lalu, penyampai radio Mix.FM dan penyanyi Sarimah Ibrahim, 37, akhirnya memilih lelaki berbangsa Melayu sebagai teman hidupnya.
Sepertimana khabar yang tersebar baru-baru ini, penyanyi yang pernah popular dengan lagu 'Kini Kau Tiada' ini sedang hangat bercinta dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 42 atau lebih dikenali sebagai Jamie.
Akui Sarimah, ini pertama kali dia menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki berbangsa Melayu. Malah pada awal perkenalan mereka, dia tidak tahu yang kekasihnya itu berasal dari golongan kerabat Diraja. Jamie merupakan cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10.
"Pertama kali seumur hidup saya menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki berbangsa Melayu. Saya juga tidak pernah tahu yang Jamie berasal dari golongan kerabat diraja. Malah ketika itu juga saya belum bersedia untuk bercinta. Walaupun menjalinkan hubungan dalam masa yang singkat, namun kami sudah boleh menerima sikap baik buruk satu sama lain," ujar seperti yang dilaporkan portal gua.com.my
Sarimah turut berkongsi mensasarkan untuk mengikat tali pertunangan sehingga awal tahun hadapan.
Pasangan ini bakal bertunang pada 27 September ini dalam sebuah majlis tertutup yang hanya akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.
Walau bagaimanapun, mereka masih belum mempunyai tarikh untuk melangsungkan perkahwinan.
Sarimah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama jejaka berbangs Inggeris, Amir Andrew Browning di Dublin, Ireland pada 13 Mei 2006. Bagaimanapun mereka membuat keputusan bercerai pada hujung bulan Disember 2008.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED