Translate

08 September 2014

Nora Danish Diancam Rogol


..
Pelakon Nora Danish telah menerima komen-komen berbau lucah oleh seorang pengikutnya iaitu @muhd_akmal95 di laman sosial Instagram miliknya.
Laporan mStar online menyebut, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 32, turut diancam oleh individu yang sama yang mengajak pengikut-pengikut lain untuk merogol pelakon itu secara beramai-ramai.
"Rogol jer @noradanish ni ramai-ramai, baru best," kata @muhd_akmal95 berulang kali pada petang Jumaat.
Pada Jumaat lalu, Nora memuatnaik foto dia membonceng sebuah motosikal yang ditunggang oleh kekasihnya, Nedim Nazri dengan kapsyen:
"I was from Ikea with mama and all. And stuck in a bad heavy traffic depan Tun Razak, He came and rescue me with gg scooter. Home we schootch."
..
Foto tersebut mendapat pujian daripada kebanyakan pengikut-pengikutnya yang menyifatkan Nedim seorang lelaki yang romantis.
Bagaimanapun, salah seorang pengikut Nora, @muhd_akmal95 pula memberi beberapa komen lucah dan turut memberi cadangan kepada pengikut untuk merogol pelakon itu beramai-ramai.
Komen negatif itu telah mengundang kemarahan pengikut-pengikut Nora dengan menyifatkan individu tersebut sebagai seorang lelaki yang tidak senonoh.
Malah, pengikut-pengikut Nora meminta pelakon itu mengambil serius terhadap komen  @muhd_akmal95 kerana ia berbau ancaman dan boleh membahayakan keselamatan dirinya.
Peminat Nora meminta dia untuk membuat laporan polis bagi membersihkan namanya daripada terus dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab.
"Saya mencadangkan supaya @noradanish dan @bossned_ (Nedim) membuat laporan polis terhdap  @muhd_akmal95 . Komen dia sudah melebih-lebih," kata @nzaifa.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED