Translate

11 September 2014

Keadaan Shaheizy Sam masih kurang stabil


9 Sep – Keadaan pelakon Shaheizy Sam dikatakan masih berada dalam keadaan kurang stabil selepas diserang demam denggi sehingga dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri, Ampang, Selangor pada 4 September lalu.
Dipetik daripada laporan Kosmo!, pelakon yang mesra dengan panggilan Sam ini menceritakan pengalamannya dan memberitahu suhu badannya masih menunjukkan bacaan tidak menentu serta turut mengalami sakit kepala dan badan.
Malah sehingga petang semalam, suhu badannya naik sehingga 40 darjah celsius dan bacaan platelet pula mencatatkan penurunan daripada bacaan normal 150 ke 116.
"Keadaan saya masih tidak menentu. Sekejap suhu badan turun dan bila-bila masa sahaja ia boleh naik kembali.
"Jika tidak silap, saya diserang demam pada dua hari terakhir penggambaran drama "Ajaibnya Cinta" di Pasir Panjang, Selangor awal bulan ini. Pada waktu itu saya makan pelbagai jenis makanan. Ketika itu, kami dihidangkan dengan daging rusa, landak dan durian. Kebetulan pendingin hawa di chalet tempat saya menginap juga dipasang dengan suhu yang agak rendah. Pada keesokan harinya, badan saya berasa sejuk dan mula menggigil," ujarnya.
Menganggap ia sebagai serangan demam biasa pada mulanya, Sam memberitahu dia telah ke klinik untuk mendapatkan rawatan tetapi ianya tidak berkesan dan dia membuat keputusan untuk ke hospital.
Aktor filem "Mamak Cupcake" ini yang turut menyambut hari ulang tahun kelahiran ke-32 pada tarikh yang sama dimasukkan ke hospital mengakui perasaanya ketika itu bercampur baur.
"Perasaan saya bercampur baur kerana ini merupakan kali pertama saya diserang demam denggi dan pengalaman pertama juga menyambut ulang tahun di hospital.
"Walaupun agak bosan, namun saya gembira kerana ramai yang datang melawat saya pada hari itu," tambahnya lagi.
Sam memberitahu, dia dikehendaki tinggal di hospital sekurang-kurang untuk tempoh tujuh hari lagi tetapi dia berharap kesihatannya akan pulih dalam masa terdekat kerana penggambaran filem "Polis Evo" bakal bermula pada 15 September depan.
"Sesi latihan untuk filem tersebut sudah pun bermula. Namun saya tidak dapat menghadirkan diri kerana diserang demam denggi dan terlantar di hospital. Justeru, saya akan terus ke lokasi penggambaran filem tersebut jika kesihatan mengizinkan," kata Sam yang turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan dirinya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED