Translate

25 February 2014

Sharnaaz Anggap Fauzi & Lisdawati Sengaja Manipulasi Keadaan


..
Aktor Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, enggan mengulas panjang berhubung kenyataan pelakon Lisdawati yang mendakwa diserang oleh Sharnaaz hingga menyebabkan dirinya mengalami tekanan darah tinggi.
Sebaliknya hero drama 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' itu menganggap Lisdawati bersama suaminya, Fauzi Nawawi sengaja memanipulasi keadaan apabila mengeluarkan tuduhan sedemikian.
"Mereka memang sengaja memanipulasikan keadaan. Biarlah apa mereka nak cakap... cakaplah.
"Buat masa ini saya tidak mahu beritahu apa-apa. Tunggulah... bila saya bersedia untuk menjawab persoalan semua," katanya.
Sebuah akhbar pada Isnin melaporkan Sharnaaz telah menyerang Lisdawati, 35, di lokasi penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta di Sungai Buloh dekat sini pada 19 dan 21 Februari lalu.
Peristiwa itu menjadi tegang apabila suami Lisdawati iaitu Fauzi Nawawi, 40, dikatakan menerima khidmat ringkas (SMS) daripada Sharnaaz berbaur ugutan selepas dia bertanyakan hal berkenaan.
Lisda mendakwa mengalami darah tinggi akibat kejadian itu. Dia dan suami turut membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada Sabtu lalu sebagai langkah keselamatan diri.
Sementara itu, Shaarnaz menambah, dia tidak gentar dengan laporan polis dibuat mereka kerana dia percaya berada di pihak yang benar.
"Senang saja. Kalau dia main cara polis, kita pun main cara polis," ujarnya dalam nada tegas.
Sementara itu kata Lisdawati, sebagai ibu mengandung, dia tidak mungkin akan memanipulasikan keadaan kerana dirinya sememangnya diserang Sharnaaz secara mengejut.
"Buat apa saya nak manipulasikan keadaan. Dia yang mula dulu. Saya pun terkejut. Kalau tak percaya, tanyalah pelakon-pelakon yang ada pada kejadian itu. Saya tak sangka dia berperwatakan begitu," tuturnya yang kini sedang hamil lapan bulan.

sumber : mStar online

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'BN Umum Ustaz Mohamad Calon PRK Ayer Kuning | BEST' 13 secs ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 20 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'Trump introduces 'Golden Card' for wealthy immigra' 2 hrs 58 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis mohon bantuan kesan lelaki hilang sejak 5 Ap' 3 hrs 38 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Siasatan dedah jutaan ringgit masuk akaun peribadi' 4 hrs 14 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 4 hrs 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Impian kanak-kanak penghidap kanser darah jadi ask' 4 hrs 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kerajaan Nafi Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Bar' 5 hrs 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kerajaan Nafi Kenakan Tarif 47 Peratus Ke Atas Bar' 5 hrs 43 mins ago
A visitor from Subang jaya viewed 'Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Sri Sanjeevan | ' 5 hrs 48 mins ago