Translate

17 March 2025

KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Utara



KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Utara

Bernama

17/03/2025


KTMB menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Utara bagi memenuhi permintaan orang ramai untuk pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri.


KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Utara bagi memenuhi permintaan orang ramai untuk pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri.

KTMB menerusi kenyataan memaklumkan sejumlah 1,920 tiket bagi empat perkhidmatan akan dijual bermula 8 pagi Isnin melibatkan laluan KL Sentral hingga Padang Besar, Perlis dengan tambang sehala pada RM70 dengan pilihan koc tempat duduk superior.

"Perkhidmatan tren khas ini disediakan sebagai alternatif pengangkutan sempena Aidilfitri bagi memudahkan orang ramai pulang ke kampung atau bercuti. Ini memberikan pilihan perjalanan yang lebih selesa dan lancar berbanding jalan darat, yang lazimnya mengalami kesesakan tinggi pada musim perayaan.

"KTMB kekal komited dalam menyediakan perkhidmatan kereta api yang bukan sahaja selamat, tetapi selesa, khususnya untuk warga emas dan kanak-kanak bagi perjalanan jarak jauh," menurut kenyataan itu.

Tren dari KL Sentral dijadualkan bertolak pukul 10.30 malam pada 27 Mac dan 3 April, serta tiba di Padang Besar pada 7.22 pagi seterusnya, manakala perjalanan pulang dari Padang Besar dijadualkan pukul 10.30 malam pada 28 Mac dan 4 April untuk tiba di KL Sentral pada 7.10 pagi.

KTMB memaklumkan bahawa tren itu juga akan berhenti di stesen-stesen utama seperti Tanjung Malim, Ipoh, Kuala Kangsar dan Taiping di Perak, Sungai Petani dan Alor Setar di Kedah serta Arau, Perlis.

Tiket boleh didapati secara tanpa tunai melalui aplikasi KTM Mobile (KITS), laman sesawang rasmi KTMB di www.ktmb.com.my atau di mesin kios KTMB.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-9779 1200 atau layari platform media sosial rasmi KTMB untuk maklumat terkini.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 2 hrs 4 mins ago
A visitor from Shepperton viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 2 hrs 21 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BTS' J-Hope to drop new single 'Mona Lisa' | BEST ' 2 hrs 30 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 2 hrs 35 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 2 hrs 40 mins ago
A visitor from California viewed 'ROSMAH'S SON RIZA SHAHRIZ ABDUL AZIZ FUNDS X-RATED' 2 hrs 52 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 2 hrs 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL'S Top Ramadan Buka Puasa Buffet 2025 - i' 3 hrs 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tiada Lagi Lesen Import Baharu Rokok Mulai 1 Janua' 3 hrs 26 mins ago
A visitor from Malacca viewed 'Garis Panduan Majlis Akad Nikah - JAWI | BEST FBKL' 3 hrs 33 mins ago