Translate

12 March 2025

Dua wanita ditahan bantu siasatan kes letak mayat bayi di pusat perlindungan



Dua wanita ditahan bantu siasatan kes letak mayat bayi di pusat perlindungan

Bernama

11/03/2025


Dua beradik ditahan bagi membantu siasatan kes meletakkan bayi yang sudah tidak bernyawa di pusat perlindungan bayi sebuah hospital swasta, semalam. - Foto hiasan


KUANTAN: Dua beradik ditahan bagi membantu siasatan kes meletakkan bayi yang sudah tidak bernyawa di pusat perlindungan bayi sebuah hospital swasta di sini, semalam

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata kedua-dua wanita berusia 24 dan 25 tahun itu ditahan secara berasingan di Rompin.

"Suspek pertama seorang penganggur berusia 24 tahun, ditahan di sebuah rumah kira-kira 9.50 pagi dan hasil pemeriksaan dalam bilik tidur suspek menjumpai satu plastik putih bertutup rapat tertera tulisan 'Ubat Terkawa/Controlled Medicine' dan 'ADV'.

"Di dalamnya mengandungi tiga peket plastik lut sinar berisi pil disyaki ubat digunakan untuk memaksa kelahiran diletakkan di atas meja bilik suspek. Sementara kakaknya iaitu suspek kedua, ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin kira-kira 3 petang," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata kedua-duanya direman hingga 13 Mac ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 315 Kanun Keseksaan.




-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Cheras viewed 'BEST FBKL' 1 hr 12 mins ago
A visitor from Doha viewed 'Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permoho' 1 hr 38 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 37 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Mangsa Tampar Buat Laporan Polis | BEST FBKL' 2 hrs 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktama' 2 hrs 51 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Azeez Rahim Cerai Isteri Kedua | BEST FBKL' 3 hrs 46 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'AMAN SHAH - The Real Story Behind The Malaysian "O' 3 hrs 51 mins ago
A visitor from Bandar baru bangi viewed 'Tiada lagi tindakan MCMC terhadap trio DJ Era FM, ' 4 hrs 14 mins ago
A visitor from Anuradhapura viewed 'SPRM peroleh pemulihan aset lebih RM29 bilio' 4 hrs 28 mins ago