Translate

12 March 2025

Penutupan jalan berperingkat sempena perayaan Masi Magam - PDRM



Penutupan jalan berperingkat sempena perayaan Masi Magam - PDRM

Bernama

11/03/2025


Polis akan melaksanakan penutupan dan pembukaan jalan secara berperingkat di sekitar ibu kota bagi memastikan kelancaran Perayaan Tahunan Masi Magam yang berlangsung esok.


KUALA LUMPUR: Polis akan melaksanakan penutupan dan pembukaan jalan secara berperingkat di sekitar ibu kota bagi memastikan kelancaran Perayaan Tahunan Masi Magam yang berlangsung esok.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata sempena perayaan itu, dua kereta pedati akan berarak dari Kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves ke Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S. Lee dan perarakan dijadual bermula pada 5 petang.

Perarakan akan melalui beberapa jalan utama termasuk Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Jalan Sri Batu Caves, Jalan 46/10, Jalan Sentul Pasar, Jalan Sentul, Jalan Tanah Lapang, Jalan Enam dan Jalan Sentul sebelum memasuki Jalan Sultan Azlan Shah (Jalan Ipoh), Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Dang Wangi dan Jalan Ampang.

Perarakan kemudian meneruskan perjalanan melalui Jalan Leboh Ampang, Jalan Tun Perak, Jalan Pudu, Jalan Tan Cheng Lock dan Jalan Sultan sebelum berakhir di Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H.S. Lee.

Mohd Zamzuri menasihati orang ramai supaya merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi arahan pihak polis yang bertugas bagi memastikan kelancaran serta keselamatan perarakan tersebut.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh dikemukakan dengan menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999, Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-2026 0267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kebakaran hutan dan ladang nanas kini cecah 113 he' 10 mins ago
A visitor from Kuala perlis viewed 'Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permoho' 23 mins ago
A visitor from Kuala perlis viewed 'Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permoho' 31 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permoho' 47 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permoho' 49 mins ago
A visitor from Melaka viewed 'Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permoho' 1 hr 18 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permoho' 1 hr 29 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Profesional, warga emas jadi mangsa penipuan pelab' 1 hr 41 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail Sabri Tiba Di Ibu Pejabat SPRM Untuk Sambun' 2 hrs 26 mins ago
A visitor from Osaka viewed 'Laporkan jika ada agamawan lakukan jenayah, langga' 2 hrs 28 mins ago