Translate

07 March 2025

Bunuh: Penganggur minta hukuman mati dikekalkan jika rayuan ditolak



Bunuh: Penganggur minta hukuman mati dikekalkan jika rayuan ditolak

Bernama

06/03/2025


Panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin turut menjatuhkan hukuman sebatan 12 rotan ke atas Abdul Malik. - Foto hiasan


PUTRAJAYA: Seorang penganggur memohon kepada Mahkamah Rayuan untuk mengekalkan hukuman mati terhadapnya atas kesalahan membunuh seorang juruteknologi pergigian tujuh tahun lalu, sekiranya panel hakim menolak rayuannya terhadap sabitan tersebut.

Permintaan itu dibuat oleh perayu, Abdul Malik Rosli, 27, menerusi peguam dilantik mahkamah, S. Karthigesan, semasa mitigasi selepas Mahkamah Rayuan di sini hari ini menggantikan hukuman mati itu dengan penjara 30 tahun.

Panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin turut menjatuhkan hukuman sebatan 12 rotan ke atas Abdul Malik.

Karthigesan, yang mewakili Abdul Malik, mengesahkan keputusan mahkamah kepada Bernama.

Beliau berkata mahkamah juga mengarahkan agar Abdul Malik menjalani hukuman penjara bermula pada tarikh tangkapan pada 31 Jan 2018.

Beliau berkata mahkamah memutuskan bahawa kes Abdul Malik tidak termasuk dalam kategori "teramat jarang berlaku" yang membolehkan beliau dijatuhi hukuman mati.

Karthigesan berkata beliau juga telah memaklumkan kepada mahkamah semasa mitigasi bahawa beliau menerima arahan daripada anak guamnya untuk memohon agar hukuman mati dikekalkan sekiranya rayuan terhadap sabitan beliau ditolak.

Abdul Malik didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Seremban pada Oktober 2022 kerana membunuh Mahussin Abdul Rahim, 28, di tingkat empat kuarters klinik kesihatan Lukut di Port Dickson pada pukul 1.40 pagi, 19 Januari 2018.

Mayat Mahussin ditemui oleh rakannya 72 jam selepas beliau dilaporkan hilang apabila gagal hadir ke tempat kerja pada 22 Januari 2018.

Abdul Malik masih mempunyai satu peluang lagi untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Rafidah Zainuddin mewakili pihak pendakwaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Ismail Sabri Tiba Di Ibu Pejabat SPRM Untuk Sambun' 37 mins ago
A visitor from Osaka viewed 'Laporkan jika ada agamawan lakukan jenayah, langga' 38 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'A Great Place Where You' 51 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Lebih RM2 bilion peruntukan untuk ATM di Sabah - M' 57 mins ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Rupanya Mat Motor Tiga Orang Tu PoIis | BEST FBKL' 1 hr 1 min ago
A visitor from Bayan lepas viewed 'Malaysia Full Cabinet List 2016 | BEST FBKL' 1 hr 25 mins ago
A visitor from Selangor viewed 'MUTTON VARUVAL RECIPE - A MALAYSIAN FAVOURITE | BE' 1 hr 37 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Former Harrods owner accused of s*xual assault by ' 1 hr 44 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed '62 Pelajar Dakwa Jadi Mangsa, Dipaksa Tekan Tubi 2' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Setiausaha Politik Anwar tarik balik permoho' 1 hr 50 mins ago