Translate

06 February 2025

Waspada akaun Instagram palsu menyamar sebagai Raja Permaisuri Agong



Waspada akaun Instagram palsu menyamar sebagai Raja Permaisuri Agong

Bernama

06/02/2025


Sultan Ibrahim membuat satu perkongsian dengan disertakan tangkap layar akaun Instagram atas nama 'Raja zarith sophia' yang disahkan sebagai akaun palsu hari ini. - Facebook Sultan Ibrahim


KUALA LUMPUR: Satu hantaran dengan disertakan tangkap layar akaun Instagram atas nama 'Raja zarith sophia' yang disahkan sebagai akaun palsu menggunakan identiti Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah dikongsikan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

"Akaun ini adalah palsu dan menyamar menggunakan identiti KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong.

"Adalah ditegaskan bahawa penyamaran dan salah guna identiti merupakan kesalahan di sisi undang-undang dan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan lunasnya yang ditetapkan," menurut hantaran Facebook itu.

-- BERNAMA

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED